Rahsia kekal cergas dan petua awet muda pada usia 30~40~50an.

Fakta yang menyedihkan

Hanya 2%-3% sahaja yang mampu mengamalkan rutin pemakanan & aktiviti kecergasan fizikal untuk mengekalkan lengkuk tubuh dan raut wajah yang mengiurkan kaum lelaki sehingga masuk usia emas.

Pernah jumpa wanita-wanita berusia 30an, 40an , 50an malah 60an yang sentiasa kelihatan anggun dan awet muda? Tentunya kita pun tertanya-tanya apa petua awet muda dan rutin mereka yang membuatkan mereka kekal muda dan cergas. Kadang-kadang tengok mereka berjalan dengan anak menantu pun macam adik beradik. Dan dan terus google.

Tapi itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Nak kelihatan muda dan anggun macam tu pastinya ada rahsia petua awet muda dan tips kecantikan yang menjadi amalan mereka. Ini antara amalan yang dilakukan oleh mereka dan menjadi rutin sehingga sekarang.

  • Jaga Pemakanan

Menjaga pemakanan . Bukanlah bermakna mereka tak ambil fastfood. Ada juga. Tapi bukanlah setiap hari. Sesekali nak menikmati fastfood atau makanan segera, tak ada masalah. Cuma, mereka sentiasa pastikan pengambilan makanan berkhasiat yang mencukupi setiap hari. Sayur-sayuran, buah-buahan, protein, kalsium, mineral, dan lain-lain makanan yang semestinya menyihatkan dan memberi banyak manfaat pada tubuh badan.

wanita berusia 7

 

  • Senaman ringan dan kerap

Melakukan aktiviti senaman . Elakkan senaman yang berisiko dapat kecederaan, ada pelbagai senaman lain yang lebih relaks dan selamat bagi mereka yang berusia. Yoga, TaiChi, berenang, berjalan kaki antara senaman yang menjadi pilihan kerana ia lebih selamat dan kurang risiko kecederaan. Malah aktiviti senaman yang lebih relaks mampu menangani stress . Aktiviti sebegini mampu menjaga kesihatan otot-otot dan sendi-sendi.

wanita berusia 8

  • Tidur yang berkualiti

Pastikan bilik tidur anda kemas, sunyi , wangi dan suhu yang sesuai. Tak semestinya pasang aircond, tapi mempunyai kipas dan pengudaraan yang baik sudah cukup untuk membantu tidur anda lebih berkualiti dan nyenyak. Kerana tidur yang nyenyak atau tidak nyenyak akan memberi kesan kepada emosi kita esok hari. Kalau emosi tak stabil, asyik marah-marah, nanti cepat tua. Kata orang, nanti cepat berkedut kulit muka.

wanita berusia 9

  • Hubungan kekeluargaan

Hidupkan dan wujudkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan baik dengan suami, anak-anak , adik-beradik, ipar-duai, ibubapa, mertua dan saudara-mara. Rasa kasih dan cinta pada keluarga , akan membantu tubuh kita mengeluarkan hormon ‘gembira’.

Tentunya nanti kita akan sentiasa ceria, sentiasa senyum dan keadaan emosi kita juga sangat positif. Bayangkan kehidupan tanpa pergolakan emosi dan juga pergolakan keluarga. Bukan hanya memberi impak kepada kita, malah kepada ahli keluarga yang lain juga.

wanita berusia 10

  • Spa atau urut

Sesekali pergilah spa untuk manjakan tubuh badan. Berpuluh tahun menguruskan rumah tangga, bekerja, menjaga ahli keluarga, sesekali ke spa untuk manjakan tubuh tentunya tak salah. Di spa anda boleh lakukan rawatan urut badan, rawatan kulit muka, merehatkan badan dan minda yang akhirnya boleh mengawal emosi dan menenangkan.

wanita berusia 11

  • Be Happy & positive

Walaupun hidup kita kadang-kala dikelilingi masalah, tak kiralah masalah keluarga, masalah kerja mahupun kewangan, kita cuba untuk kekal positif dan gembira. Masalah takkan selesai kalau kita tak cari jalan untuk selesai. Nak cari jalan untuk selesai masalah, tak perlu nak jadi perengus atau marah-marah. Senyum, relaks, cari masa dan ruang untuk berfikir supaya kita dapat cari jalan dan berfikir secara rasional.

Aura kita akan membantu kita dikelilingi mereka yang juga happy dan positif. Secara tak langsung kita akan rasa sangat optimistik dan yakin bahawa masalah bukanlah ‘end of the world’. Tapi masalah bakal membantu kita berfikir dengan lebih kreatif dan bijak untuk menyelesaikan dan menanganinya.

wanita berusia 12

  • Senyum selalu

Bila kita senyum, kulit kita akan mewujudkan garis-garis senyum di sekitar bibir. Makin lama, garis senyum makin jelas. Dan akhirnya ia membuatkan kita kelihatan sangat cantik dan manis. Tak percaya? Cuba bezakan mereka yang suka senyum dan mereka yang tak suka senyum. Senyum ni rahsia utama kekal awet muda.Ia kekal jadi amalan mereka yang sentiasa kelihatan cantik dan berkarisma. Rita Rudaini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Yasmin Hani antara selebriti yang sentiasa tersenyum dan kekal cantik walaupun sudah melepasi usia 40an.

petua awet muda
( Umur saya baru je 42 tahun, anak dah 4 orang ~ Sumber MStar )

 

 

  • Minum air mencukupi

Pastikan kita minum air masak yang cukup. Elakkan pengambilan air manis bagi mengelakkan penyakit lain pula. Ini kerana, apabila seseorang tu semakin berusia, badan kita semakin perlahan memproses gula atau zat makanan.  Air dapat membantu mengekalkan hidrasi untuk badan dan juga kulit kita. Dan jangan juga terlalu berlebihan kerana ia juga boleh memudaratkan.

wanita berusia 14

Diharap 8 rahsia kekal muda dan cergas ini dapat memberi sedikit panduan pada kita untuk ubah cara hidup ke arah yang lebih baik. Pastinya semua orang inginkan yang terbaik. Malah, menjaga kesihatan tubuh badan sangatlah dituntut dalam agama. Agama melarang kita mudaratkan diri sendiri.

Akhir kata, semoga anda semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus menjaga kesihatan demi kecergasan pada usia emas yang kita semua bakal tempuhi.

Keep fit !

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *