3 Elemen wajib untuk pemakanan sihat

Pemakanan sihat mempunyai 3 elemen penting lebih-lebih lagi untuk golongan wanita yang berusia. Selain dari jenis-jenis makanan, cara masakan serta cara hidangan juga memainkan peranan dalam menjayakan pemakanan sihat.

Ia bukanlah sekadar memilih hanya beberapa jenis makanan atau masakan. Kita juga tak perlu makanan mahal untuk sihat. Sebenarnya banyak lagi makanan sihat dan berkhasiat di luar sana tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak.

 

 

 

pemakanan sihat 1
Sumber : Pemakanan sihat

 

Semua orang perlu mengamalkan pemakanan sihat . Tapi, tak salah pun kalau nak makan ‘fast food’, mee segera, jajan atau lain-lain makanan yang ada dipasaran.

 

Cuma, ianya perlu dikawal agar tidak memudaratkan kesihatan kita.

 

Pemakanan sihat ialah keseimbangan dalam pemakanan antara makanan yang berkhasiat dan kurang berkhasiat.

 

Kalau sarapan pagi kita dah makan sosej contohnya, makan tengahari dan makan malam, kita pastikan pula ianya makanan yang berkhasiat dan sihat. Jangan pula makan mee segera. Tapi makan mee goreng buat sendiri tak apalah.

 

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan juga berusia emas amatlah digalakkan dalam menjaga pemakanan agar sentiasa sihat dan tidak mendatangkan penyakit.

 

Di samping itu, ia juga dapat memberikan kalori yang cukup bagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian atau senaman.

 

pemakanan sihat 2
Sumber : Rutin Harian

 

Bagi mendapatkan panduan yang jelas dan tepat, anda boleh rujuk dan dapatkan nasihat serta panduan dari ‘Nutritionist’ atau pakar nutrisi dan juga ‘Dietitian’ atau pakar diet.

 

Ini kerana ada pengiraan BMI yang perlu dikira sebelum mereka memberikan jumlah kalori yang sesuai dengan anda.

 

Mereka juga perlu tahu sejarah penyakit anda sekiranya ada dan juga gaya serta cara hidup sebelum mereka memberi panduan dan nasihat yang sesuai dan tepat untuk anda.

 

 

Pada masa kini yang serba canggih dan moden, anda boleh berhubung dengan mereka secara talian atau ‘online’ sahaja. Tak perlu lagi nak pergi jumpa.

 

Pemakanan sihat ni perlu dipastikan ianya sentiasa diambil setiap waktu makan. Termasuk waktu ‘snacking’ atau waktu minum petang .

 

Tapi, macam yang kami maklumkan dari awal, perlu keseimbangan pemakanan sekiranya anda ada mengambil makanan yang kurang sihat.

 

Tak salah pun nak makan jajan atau makanan segera. Tapi, pastikan ianya diambil sekali-sekala dan bukan setiap hari atau setiap hidangan. Mungkin dalam sebulan tu , 2 atau 3 kali pun cukuplah buat lepas kempunan.

 

Pemakanan sihat ini perlu bermula sejak bayi. Iaitu bermula seawal 6 bulan tempoh bayi dah boleh makan, kita dah boleh terus perkenalkan pemakanan sihat.

 

Nasi, sayur, sup merupakan pilihan utama ibu-ibu bagi pada bayi mereka.

 

Jadi, kalau sejak bayi kita dah perkenalkan pemakanan sihat, pastinya tidak ada masalah bagi ibu-ibu terus menghidangkan makanan berkhasiat kepada anak-anak sehingga mereka dewasa dan seterusnya mereka akan terus mengamalkannya walaupun sudah hidup sendiri dan mempunyai keluarga sendiri.

 

kecergasan
Sumber : Baby Makan Picang

 

Selain elemen khasiat dalam pemakanan sihat, cara masakan juga merupakan salah satu elemen yang ada. Begitu juga dengan pemilihan jenis makanan dan menu.

 

Baca juga : Makan ini untuk elak lemah tenaga batin

 

Ini 3 elemen yang berkaitan terdapat dalam pemakanan sihat.

 

Khasiat – mempunyai zat, garam mineral dan vitamin yang mencukupi dalam setiap hidangan. Disamping mengurangkan unsur gula yang mungkin boleh memudaratkan dalam jangka masa panjang.

 

Menu – ialah perancangan jenis hidangan. Sebagai contoh : nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, roti bakar dan lain-lain. Perancangan menu yang baik setiap hari akan memberikan jumlah kalori yang tepat. Walaupun pada hari tu kita makan nasi lemak, pastikan hidangan lain kita pilih jenis yang kurang kalori pula.

 

Cara masakan – merupakan perancangan kita untuk memasak cara yang bagaimana. Sebagai contoh, nasi lemak. Selain nasi ditanak , ianya juga boleh dimasak secara kukus. Dan hidangan lauk seperti ayam, tak perlu kita goreng.

 

Mungkin kita boleh buat ayam bakar. Jadi, tak kira menu apa sekalipun, cara masakan juga boleh membantu kita dalam melaksanakan pemakanan sihat tanpa kita perlu bercatu atau berlapar.

 

 

Banyak idea atau menu pemakanan sihat untuk semua peringkat usia boleh kita dapati di media sosial, di website, di blog dan juga buku-buku masakan yang dijual dipasaran.

 

Anda boleh sahaja buat kombinasi sendiri menu setiap hari mengikut kesesuaian anda dan keluarga.

 

amalan pemakanan sihat
Sumber : Amalan Pemakanan Sihat

 

Tak perlu menu atau jenis makanan mahal. Hanya perlu pandai pilih kombinasi menu dan juga cara masakan yang lebih sihat.

 

Oh ya, jangan lupa lebihkan sayur-sayuran dan juga buah-buahan dalam hidangan anda. Ianya lebih sihat dan terlalu banyak vitamin untuk tubuh badan kita.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top