7 Lokasi yang sesuai untuk aktiviti kecergasan fizikal. Tapi lokasi yang bagaimana pula yang tak sesuai ? Pasti ada yang ingin tahu.

Seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ni, lokasi merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan kita rasa lebih seronok dan bersemangat nak buat aktiviti. Kami ingin kongsikan beberapa lokasi yang boleh membuatkan anda rasa seronok melakukan aktiviti kecergasan. Tahukah anda bila kita lakukan aktiviti di pelbagai lokasi, mood dan juga aktiviti yang kita buat pastinya berbeza.

 

  • Taman Rekreasi

kecergasan fizikal 2

Boleh ke taman rekreasi yang berdekatan. Kawasan ni tak sunyi dan selamat sebab ini tempat tumpuan keluarga membawa anak-anak mereka beriadah. Di taman rekreasi selalunya ada fasiliti yang sesuai untuk beriadah. Ada trek joging atau berjalan kaki, berbasikal dan lain-lain.

 

  • Padang luas

Sekiranya kita rancang untuk buat aktiviti secara berkumpulan dan beramai-ramai dengan kawan-kawan atau kenalan, adalah lebih baik kita lakukan di kawasan lapang seperti di padang. Tak mengganggu orang lain .

 

  • Taman Tasik

Berjalan kaki mengelilingi tasik pastinya menenangkan. Sambil berjalan, sambil tengok tasik. Tak adalah rasa jauh sangat perjalanan bila ada pemandangan yang cantik dan menenangkan jiwa.

 

  • Gimnasium

kecergasan fizikal 3

Anda perlukan khidmat nasihat profesional kerana mungkin anda ada masalah kesihatan ? Atau anda perlu gunakan alatan senaman yang sesuai ? Gimnasium merupakan lokasi yang paling sesuai. Anda boleh melanggan yuran perkhidmatan secara bulanan atau tahunan.

 

  • Dewan

Nak buat aktiviti di dewan kena buat tempahan dulu. Tak kiralah dewan di hotel, sekolah atau dewan orang ramai. Tapi pastinya ada tujuan tertentu bila nak buat aktiviti di dewan kan? Sebagai contoh, anda mungkin mengatur (organize) aktiviti berkumpulan secara formal. Bersama persatuan , sekolah-sekolah, universiti atau lain-lain. Ianya lebih mudah dibuat di sini supaya senang dikawal.

 

  • Rumah

Untuk aktiviti seperti yoga, tentunya anda boleh lakukan sahaja di rumah. Beli sahaja tikar yoga (yoga mat) dan anda boleh lakukan di rumah. Pergerakan senama yoga boleh dilihat melalui video atas talian (online) . Tak ada masalah bukan ? Senaman dari rumah juga sesuai pada mereka yang introvert atau pemalu. Ia pasti menjadi pilihan utama.

 

  • Tepi Pantai

kecergasan fizikal 6

Inginkan kelainan atau sedang bercuti di pantai bersama keluarga? Apa kata lakukan aktiviti kecergasan di tepi pantai. Sambil menikmati pemandangan laut dan ombak. Boleh berjalan kaki, boleh TaiChi, boleh yoga dan macam-macam lagi. Yang penting ia pasti tak membosankan anda dan anda rasa sangat tenang.

 

Dalam seronok melakukan aktiviti kecergasan, kita juga perlu tahu lokasi-lokasi yang tidak sesuai untuk melakukan aktiviti kerana ia boleh mendatangkan bahaya atau memudaratkan.

Elakkan dari melakukan aktiviti di tempat-tempat seperti yang berikut:

  • Jalan raya

Berjalan kaki, berbasikal atau berjoging di jalan raya mahupun bahu jalan ianya sangat merbahaya. Ia boleh menyebabkan kemalangan atau perkara lain yang tidak diingini.

 

  • Laluan atau Jalan kecil

Elakkan buat aktiviti berjalan kaki di laluan atau jalan kecil. Walaupun kereta tak banyak macam jalan raya utama, tapi ia masih boleh membahayakan anda. Carilah trek atau tempat yang sesuai untuk buat aktiviti kecergasan.

 

  • Kawasan yang dilarang atau disita

Jangan sesekali masuk ke kawasan yang dilarang atau disita. Walaupun kawasan tu nampak selamat atau memang selamat, tapi ia pasti ada sebab kenapa ia dilarang. Sama ada kawasan tu kawasan persendirian atau mungkin sedang diselenggara oleh pihak majlis  perbandaran atau PBT.

 

  • Jeram atau air terjun

kecergasan fizikal 5

Jangan sesekali buat aktiviti kecergasan di jeram atau kawasan air terjun. Tempat ni paling tak sesuai. Kawasan ni sentiasa basah dan licin, serta berbatu tak sesuai untuk buat aktiviti kecergasan walaupun yoga. Ia boleh menyebabkan anda tergelincir dan cedera.

Kami berharap perkongsian lokasi ini dapat memberikan anda idea untuk merancang aktiviti kecergasan anda sama ada secara solo atau berkumpulan. Tentunya anda ingin menikmati pelbagai suasana serta pengalaman dan seterusnya kekal menjadi memori.

Tak lupa juga anda boleh bergambar di lokasi yang cantik sambil melakukan aktiviti kecergasan. Simpan ia sebagai kenangan di album media sosial. Sungguh, anda akan rasa lebih bertenaga dan gembira.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *