0
14

Jenis makanan yang disarankan kepada pesakit Diabetes .

Makanan apa yang sesuai untuk pesakit Diabetes ya ?

 

Nak sihat dan nak makan sedap . Tapi kadang-kadang, memang tak tahu nak beli apa.

Ini selalu dilema mereka yang memerlukan penjagaan dalam pemakanan.

“Akak selalu beli beras perang je. Tiap – tiap bulan makan beras perang. Kadang memang rasa jemu juga. Tak tahu lagi apa jenis beras yang boleh makan”

Mesti kita pernah dengar ada yang mengadu macam ni.

Artikel sebelum ini ada kami kongsikan sedikit sebanyak mengenai Glysemic Indeks dan bagaimana cara untuk memilih makanan yang mempunyai LOW GI atau MEDIUM GI.

Selain dari merujuk kepada deskripsi pembungkusan produk makanan untuk mengetahui kandungan GI makanan, ada juga makanan semulajadi yang selalu disarankan kepada pesakit Diabetes kalau tak ada dan  tanpa perlu mencari atau merujuk kepada pembungkusan makanan.

Ini ialah antara makanan yang disarankan kepada penghidap diabetes.

Makanan Utama

  • Beras Perang
  • Beras Rebus
  • Beras Basmathi
  • Pasta
  • Roti Gandum Penuh

Tips untuk pemilihan makanan utama ialah dengan mengelakkan pengambilan beras, gandum atau bijirin PUTIH/ BIASA.  Seperti yang kita  tahu, ianya mengandungi kadar Glisemik Indeks yang tiggi dan akan mempercepatkan kenaikan paras gula dalam darah.

Disarankan untuk pilih dari kategori gandum penuh , perang , bijirin penuh, kurang kanji kerana kandungan makanan jenis ini mempunyai kadar Glisemik Indeks yang sederhana dan rendah. Makanan utama jenis ni juga menjadi pilihan mereka yang diet dan nak kurus. Kalau tengok dalam menu dan perkongsian mereka, mesti selalu nampak jenis beras perang, roti gandum penuh yang jadi hidangan utama.kencing manis 35

 

 

Buah-Buahan

  • Epal
  • Pisang
  • Beri
  • Oren
  • Aprikot
  • Jambu Batu
  • Pir
  • Kiwi

Selain dari buah-buahan yang tersenarai di atas, banyak lagi jenis buah-buahan yang boleh diambil oleh penghidap diabetes. Walaupun buah-buahan mengandungi gula semulajadi, pengambilannya juga perlu sederhana dan tidak berlebih-lebihan.  Pengambilan buah-buahan dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan pada yang sama memberi khasiat serta vitamin secara semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit seperti demam, selsema, sembelit dan sebagainya.kencing manis 36

 

 

Sayur-sayuran

  • Brokoli
  • Kubis
  • Peria
  • Timun
  • Okra
  • Sayur Bayam
  • Saderi

Sayur-sayuran ini merupakan saranan daripada kebanyakan penghidap diabetes. Dikatakan dapat menstabilkan paras gula dalam darah dengan baik. Selain di buat lauk pauk, sayuran ini juga di jadikan jus yang di campur dengan buah-buahan bagi rasa yang lebih sedap. Ada yang dimasak dan ada juga yang di buat ulam katanya. Selain itu, ada juga yang di buat jus yang dicampurkan dengan buah-buahan. Sebagai contoh, timun, peria dan saderi sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan jus sayur-sayuran.kencing manis 37

 

Susu dan Hasil Tenusu

  • Susu Penuh Krim
  • Yogurt tanpa perasa
  • Susu Rendah Lemak
  • Keju / Cheese

Jangan abaikan keperluan kalsium dalam tubuh . Pengambilan susu dan hasil tenusu juga digalakkan bagi mengelakkan kesan kekurangan kalsium yang boleh menyebabkan tulang rapuh atau osteoporosis.  Tapi, pastikan susu atau hasil tenusu yang diambil tidak mengandungi gula tambahan.

Sekiranya kita rasa taknak minum susu kosong atau taknak makan yogurt kosong, kita bolehlah campurkan buah-buahan dalam susu , kisar dan jadikan susu berperisa, sebagai contoh susu mix beri atau susu mix pisang . Begitu juga yogurt, boleh masukkan buah-buahan yang dipotong dadu halus dan nikmati hidangan yogurt yang enak.

kencing manis 38

Snek

  • Gajus
  • Almond
  • Pistachio
  • Biskut Wheat Meal
  • Kek, aiskrim atau coklat yang menggunakan bahan yang sesuai untuk penghidap diabetes.

 

Teringin untuk makan snek dan kudap kudapan  ? Jangan risau. Penghidap diabetes masih boleh menikmati snek yang sedap. Malah lebih sihat dari snek atau makanan ringan yang terdapat di luar sana. Sekarang dah banyak manisan yang di buat khas untuk penghidap Diabetes setelah banyak gula LOW GI dan juga pemanis khas yang terdapat di pasaran.

Di sesetengah pasaraya, memang ada jual aiskrim untuk Diabetes. Menarik bukan ?

 kencing manis 39

 

Minuman

  • Kopi Tanpa Gula
  • Teh Tanpa Gula
  • Air Lemon Tanpa Gula
  • Teh O Limau Tanpa Gula
  • Jus sayur & buah Tanpa Gulakencing manis 40

Semestinya , semua pengambilan minuman perlu elakkan gula . Tapi, sekiranya nak minum minuman yang rasa manis, boleh ditambah STEVIA atau pemanis tambahan khas untuk Diabetes. Elakkan pengambilan air tin, air bergas atau juga kordial-kordial yang dah di campur gula tambahan. Paling elok , banyakkan minum air masak .kencing manis 41

 

Kesemua makanan yang disenaraikan di atas merupakan panduan dan contoh yang disarankan kepada penghidap Diabetes. Selain itu , ia juga bagus untuk diamalkan oleh orang lain seperti saranan kempen kesihatan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Pokok pangkalnya, pilih makanan yang semulajadi dan sebolehnya elakkan makanan yang diproses. Kerana makanan diproses sudah pasti ada kandungan seperti gula, garam, tepung, bahan perasa, bahan pewarna dan sebagainya. Melainkan, bahan-bahan yang digunakan ialah bahan yang lebih sihat dan terpilih.

Elakkan makanan yang berlemak, berminyak. Pilih menu dan cara masakan yang menggunakan teknik rebus, kukus, panggang atau grill.

Selain itu, lakukan pemeriksaan kandungan paras gula sendiri setiap kali selepas mengambil makanan tertentu supaya kita dapat elakkan makanan yang mungkin tidak sesuai dengan badan kita. Sebagai contoh, ada sesetengah orang, dia boleh makan buah epal dan tiada kesan ketara pada paras glukosa dalam badan. Tapi tidak pada sesetengah orang yang mungkin memberi kesan pada mereka.

Opps ! Nanti dulu. Walaupun kita berhati-hati dalam pemilihan jenis makanan untuk mengawal paras kandungan glukosa dalam darah, pastikan kita terus membuat rawatan susulan di klinik atau hospital dan juga kita terus mendengar saranan para doktor dan terus ambil ubat seperti yang diperlukan.  Tiada istilah bila dah jaga makan, tak perlu makan ubat.

Selagi dalam tempoh rawatan dan doktor tidak menasihati untuk berhenti makan ubat, kita jangan berhenti.

Bagaimana cara untuk lakukan pemeriksaan sendiri ?

Ada sejenis alat kecil yang boleh dan mudah dibawa kemana-mana. Ianya dipanggil “Glucometer” atau ada juga panggil alat check gula dalam darah.  Alat ini boleh dibeli di farmasi dan mereka akan ajar bagaimana cara untuk guna, bila untuk guna dan cara untuk baca nombor yang tertera pada skrin.  Pastikan alat yang kita beli tu, berkualiti dan bacaan yang tepat kerana terlalu banyak di pasaran yang jual mesin kecil ni , namun ada yang tak tepat bacaannya.

Nanti kita akan bincangkan mengenai alat Glucometer ni di artikel yang lain.

Semoga perkongsian mengenai jenis makanan dan minuman yang dikongsikan ini dapat memberi panduan dan juga ilham kepada mereka yang tercari-cari apa yang nak beli barangan makan atau barangan dapur untuk pastikan kita lebih sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here