Apa itu Kencing Manis ? Dan jenisnya yang kita tak tahu.

Kencing manis merupakan sejenis penyakit kronik dikalangan manusia di seluruh dunia termasuk Malaysia.

 

Ada 2 jenis kencing manis dan kedua-duanya mempunyai simptom yang berlainan.

 

Bagaimana penyakit kencing manis ini boleh terjadi ?

Ianya terjadi apabila tahap kandungan gula dalam darah kita lebih tinggi dari biasa. Bacaan gula normal dalam darah bagi mereka yang sihat ialah di antara  4.0 – 5.9 mmol/L sekiranya mereka belum makan, manakala kalau dalam tempoh 90 minit selepas makan, paras gula perlu dibawah 7.8mmol/L .

 

Kencing manis juga terjadi apabila pankreas gagal atau tidak lagi berupaya menghasilkan insulinsemulajadi secukupnya  atau kegagalan badan menggunakan insulin secara berkesan.

 

Apa fungsi insulin dalam badan kita dan kenapa ianya penting ?

Gula yang terbentuk dalam badan kita ialah dari makanan. Makanan yang kita makan ditukarkan kepada gula untuk proses seterusnya.

Jadi, insulin akan berfungsi sebagai pembawa gula dalam tisu dan sel badan melalui salur darah untuk digunakan sebagai tenaga.

 

Jadi, bila insulin tidak mencukupi atau kurang , gula tak boleh dijadikan sebagai punca tenaga untuk badan. Dan akibat dari situasi ini, ia akan meningkatkan paras gula dalam darah.

2 Jenis Kategori Utama Penyakit Kencing Manis

 

kencing manis tahap 1 3
Sumber : Kencing Manis Type 1

 

 

  • Kencing manis Jenis 1 – bergantung kepada Insulin ( IDDM – Insulin Dependent kencing manis Melitus)
  • Jenis 1 ini bergantung sepenuhnya kepada suntikan Insulin .
  • Ianya sering dan banyak berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.
  • Puncanya ialah apabilakelenjar pankreas gagal serta tidak mampu lagi menghasilkan insulin secara semulajadi.
  • Bacaan paras gula bagi pesakit kencing manis Jenis 1 ni seperti berikut :
    • Sebelum makan : 4 – 7 mmol/L
    • Selepas makan : 5 – 9 mmol/L ( dalam tempoh 90 minit )
  • Apabila pesakit menghidapi kencing manis Jenis 1, mereka akan disarankan untuk mengambil suntikan insulin bagi membantu mengawal paras gula atau glukosa dalam darah kerana insulin gagal dihasilkan oleh pankreas secara semulajadi.

 

 

kencing manis type 2
Sumber : Kencing Manis Type 2

 

  • Kencing manis Jenis 2 – tidak bergantung kepada Insulin ( NIDDM – Non Insulin Dependent kencing manis Melitus )
  • Jenis 2 ini merupakan jenis yang biasa ditemui dalam kalangan pesakit kencing manis. Dianggarkan 90 % dari jumlah keseluruhan pesakit kencing manis yang menghidapi Jenis 2 ini.
  • Dengan memantau beberapa perkara serta aktiviti harian, kencing manis Jenis 2 ini masih boleh dikawal kerana pankreas masih lagi mampu menghasilkan insulin semulajadi.

Antara pemantauan yang disarankan ialah ; memastikan jumlah atau jenis pengambilan makanan yang betul dan tidak berlebihan , bersenam bagi mengekalkan kesihatan serta meningkatkanmetabolisme dan sekaligus boleh membantu mengurangkan berat badan.

  • Mereka yang menghidap kencing manis Jenis 2, perlu mengambil ubat secara oral ( makan/suapan) selalunya diberikan dalam bentuk pil.
  • Sekiranya pengambilan ubat secara oral tidak berkesan atau ubat tersebut membeli kesan sampingan yang teruk kepada pesakit, maka doktor akan menyarankan pengambilan insulin suntikan. Ianya bukan secara berterusan tetapi dalam keadaan tertentu sahaja. Yang mana bila paras gula terlalu tinggi dan boleh memudaratkan pesakit .
  • Mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan atau obesitidan juga berumur 35 tahun keatas yang berisiko untuk menghidapi kencing manis Jenis 2

 

Lain-lain jenis kencing manis

 

gestational diabetes
Sumber : Gestational Diabetes

 

  • Selain dari 2 jenis kencing manis yang dinyatakan diatas, ada juga kencing manis yang dihidapi oleh pesakit atas sebab kehamilan. Ia juga dikenali sebagai Gestational kencing manis .
  • Ramai ibu-ibu menghidapi kencing manis ketika hamil dan pemantauan terperinci akan dilakukan oleh doktor bagi memastikan ibu, kandungan atau bayi dalam keadaan sihat dan selamat.
  • Ini kerana, sekiranya ianya tidak dipantau, ia boleh menjejaskan kandungan dan risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) akan meningkat.
  • Ia juga merbahaya bagi ibu hamil sekiranya tidak dipantau rapi. Selalunya, doktor akan menasihati sekiranya ibu hamil perlu bersalin lebih awal bagi mengelakkan situasi lebih teruk terhadap bayi dan ibu.
  • Salah satu punca kencing manis ketika hamil ialah apabila ibu hamil tidak mampu mengawal pemakanan mereka. Mereka cenderung untuk menikmati apa sahaja, pada bila-bila masa dan juga tidak memantau kuantiti yang diambil.
  • Ada juga disebabkan oleh keturunan mereka penghidap kencing manis.
  • Mengikut statistik, 90% – 95% ibu yang mengalami kencing manis ketika hamil akan kembali pulih selepas melahirkan dan mempunyai paras gula yang normal semula selepas beberapa bulan.
  • Tetapi, ada juga yang didapati akan menghidapi kencing manis Jenis 2 selepas melahirkan dan perlu pemantauan dan rawatan lanjut dari doktor .

 

 

 

Ada pelbagai sebab yang boleh dikaitkan dengan kencing manis dan ianya boleh dijadikan panduan kepada kita untuk terus berhati-hati serta kekal menjaga kesihatan yang baik.

 

  • Mereka yang berusia lebih 35 tahun berisiko untuk menghidapi kencing manis . Ini disebabkan oleh faktor usia yang semakin meningkat dan mungkin keupayaan penghasilan insulin semulajadi semakin merosot.
  • Mempunyai tahap lemak atau kolesterol tinggi dalam badan. Pemeriksaan kesihatan secara berkala disarankan untuk mendapatkan rawatan awal sekiranya perlu.
  • Tabiat yang suka makan makanan yang berlemak dan manis. Tak salah untuk menikmati makanan sebegini, tapi janganlah berlebihan sehingga boleh memudaratkan. Banyakkan makanan yang berserat tinggi.
  • Ibu hamil yang mempunyai sejarah menghidapi kencing manis ketika kehamilan sebelum ni juga mempunyai risiko untuk menghidapi kencing manis semula dalam tempoh 5 ke 10 tahun selepas bersalin. Perlu berhati-hati dan dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan sentiasa.
  • Mereka yang obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan cenderung untuk menghidapi penyakit ini.
  • Cara hidup yang tidak sihat dan kurang bersenam atau kurang melakukanaktiviti fizikal yang lain, seperti berkebun, berjalan kaki dan lain-lain.
  • Mempunyai latar belakang ahli keluarga yang ada sejarah penyakit kencing manis

Sekiranya kita tergolong dalam ciri-ciri yang disebut diatas, eloklah sekiranya kitamula mengubah cara hidup dengan lebih sihat dan berhati-hati bagi mengelakkan risiko kencing manis ini.

 

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang juga mampu membantu mengurangkan risiko kencing manis. Malah ia juga boleh mengurangkan kesan atau simptom bagi pesakit sekiranya makanan diambil secara betul dan terkawal.

 

Kenapa perlu ambil serius tentang kencing manis ?

Ini kerana kencing manis dikategorikan sebagai penyakit kronik dan ia boleh menyebabkan komplikasi lain seperti kegagalan buah pinggang, rosak saraf, buta serta penyakit kardiovaskular. Kegagalan insulin dalam mengawal gula dalam darah juga boleh mengganggu fungsi organ dalam badan.

kencing manis 4

Tetapi, walaupun ia dikatakan penyakit kronik, ia juga sebenarnya boleh dikawal dengan baik sekiranya pesakit mematuhi saranan doktor.

 

Dalam artikel seterusnya kami akan berkongsi tentang pemakanan dan khasiat makanan semulajadi bagi pesakit kencing manis. Ianya juga pasti dapat membantu mereka merancang pembelian dan penyediaan makanan.

 

Baca artikel seterusnya untuk info lanjut mengenai makanan untuk kecing manis.

Boleh tinggalkan sebarang komen anda dibawah 🙂

 

Comments are closed.

Scroll to Top