Ketakutan wanita untuk buat aktiviti kecergasan fizikal

Pernahkah kita terfikir apa masalah , halangan serta ketakutan yang mungkin atau perlu di hadapi oleh wanita untuk buat aktiviti kecergasan. Mereka tentu ada sebab yang tersendiri kenapa mereka sangat berminat nak buat aktiviti tu. Mungkin sebab ingin mengelakkan penyakit, atau mengisi masa lapang, bertemu kawan-kawan dan lain -lain lagi. Tapi, apabila ada beberapa masalah atau ketakutan yang bermain dalam minda mereka, terus terkubur niat nak buat aktiviti tu. Jom kita lihat beberapa isu yang mungkin menjadi halangan kepada mereka.

  • Malu dan segan

Kebanyakannya bagi alasan malu dan segan. Katanya sebab dah berusia. Malu nak ke gimnasium  , nak buat yoga, malu nak zumba sebab ramai yang muda katanya. Mereka terlalu berfikir tentang orang sekeliling sehingga merencatkan impian mereka sendiri untuk melakukan aktiviti kecergasan. Ini juga dikaitkan dengan ‘mental block’. Terlalu memikirkan perkara yang tak wujud dan ‘low self esteem’.wanita berusia 15

 

  • Tak tahu nak buat aktiviti kat mana

Tak pasti kat mana yang ada aktiviti sesuai dengan mereka. Ada dikalangan mereka ni, media sosial pun tak ada. Jadi, mereka mana ada tengok iklan-iklan atau promosi. Kalau tak ada kawan yang ajak atau perkenalkan, memang tak adalah mereka nak masuk aktiviti kecergasan ni. Kebanyakan mereka memang bergantung kepada kumpulan , kawan-kawan atau jiran yang akan mengajak mereka buat aktiviti sama-sama. Jadi, ‘marketing word of mouth’ sangat diperlukan oleh mereka yang berusia kerana faktor kepercayaan dan keselamatan mereka.

  • Pakaian yang sesuai untuk aktiviti

Mereka juga kadang kala mempunyai masalah untuk sesuaikan pakaian untuk buat aktiviti. Keselesaan dalam mengenakan pakaian untuk buat aktiviti memainkan peranan penting bagi mengelakkan perkara yang boleh memudaratkan, panas sampai boleh rasa nak pitam, gangguan pergerakan dan sebagainya. Jadi, untuk memastikan mereka selesa dan tidak memudaratkan keadaan ketika melakukan aktiviti kecergasan, mereka perlu diperkenalkan dengan pakaian-pakaian yang sesuai kepada mereka mengikut jenis material, design dan saiz.

wanita berusia 16

  • Keadaan kesihatan serta nasihat doktor

Sakit lutut, sakit sendi, darah tinggi, sakit jantung, kencing manis , ini beberapa contoh penyakit yang sering dialami oleh mereka yang berusia. Tapi, walaupun mempunyai penyakit, aktiviti kecergasan tak sepatutnya menjadi halangan kerana terlalu banyak kebaikan yang boleh didapati malah boleh membantu mengurangkan simptom penyakit.

Cuma, carilah aktiviti kecergasan yang sesuai dengan keadaan diri dan kesihatan. Jangan memaksa sekiranya badan tak boleh terima aktiviti tersebut. Paling penting, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti kesihatan ini supaya doktor juga boleh pantau keadaan kesihatan kita samaada semakin baik atau buruk bila kita lakukan aktiviti kecergasan. Kalau ia semakin memudaratkan, mungkin doktor akan nasihatkan untuk berhenti atau  tukar aktiviti lain yang lebih sesuai.

 

  • Bentuk badan atau keadaan fizikal

Gemuk atau kurus ? Tinggi atau rendah? Ini juga kadang-kadang membuatkan mereka rasa ‘insecure’. Padahal itu semua bukanlah ukuran utama untuk melakukan aktiviti kecergasan. Aktiviti kecergasan ini tentunya untuk membantu mengekalkan serta meningkatkan tahap kesihatan ke arah yang lebih baik. Jadi, tak ada alasan bila gemuk tak boleh bersenam, kurus tak payah bersenam, tinggi atau rendah langsung tak menjadi ukuran. Jadi, persepsi keadaan fizikal ini tidak sepatutnya wujud.

wanita berusia 17

  • Masa yang sesuai

Ya, masa. Ini antara kekangan dan halangan yang ramai orang hadapi. Antara urusan keluarga, kerja dan peribadi. Ianya perlu perancangan yang betul supaya dapat melakukan aktiviti dengan tenang dan tidak terkejar-kejar. Perancangan seperti menetapkan masa atau hari untuk buat aktiviti kecergasan juga sangatlah penting.

 

 

Ini antara kekangan serta halangan yang dilalui oleh golongan wanita yang berusia tapi sangat mementingkan kecergasan mereka. Tapi semua kekangan ini dapat diatasi apabila mereka diberikan panduan serta dikelilingi oleh sahabat atau rakan-rakan yang sama-sama buat aktiviti ini.

Nampak remeh bukan ? Ya, ianya nampak remeh tapi sebenarnya ia sangat memberi kesan terhadap kita sekiranya kita tak selesaikan betul-betul isu atau perkara di atas. Sebagai contoh, perihal pakaian. Bagi kita mungkin,”Alaaa… baju je pun. Itu pun jadi masalah ke?” . Pakaian yang sesuai mengelakkan mereka mengalami rasa panas yang berlebihan dan juga memberi keselesaan ketika membuat aktiviti. Material yang baik membantu mengeringkan peluh dengan cepat dan sekaligus mengahalang pembentukan bakteria dan mengelakkan bau badan. Ha… penting kan?

Tahukah anda berapa ramai yang tak tahu ada pakaian sukan muslimah? Malah, ‘swimming suit’ muslimah pun ramai yang tak tahu kat mana nak beli.

Jadi, halangan-halangan ini yang mungkin menjadi ketakutan kepada mereka untuk terus melakukan aktiviti kecergasan. Akibat dari ketakutan ini, akhirnya mereka memilih untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti dan hanya menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Jom kita sama-sama menyokong aktiviti ke arah kehidupan yang lebih sihat dan hilangkan stigma serta masalah dari mereka yang berusia ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *