Menu Untuk Pesakit Kencing Manis Mudah Disediakan

0
27
menu untuk pesakit kencing manis

Ingin admin kongsikan beberapa menu untuk pesakit kencing manis dimana penyediaannya agak mudah dan efektif mengawal gula dalam badan.

 

Sekiranya anda atau ada ahli keluarga merupakan seorang penghidap Diabetes, pastinya anda akan mula mengambil berat tentang pemakanan. Resepi, menu dan hidangan yang boleh dimakan. Bermula dari penyediaan bahan sehingga ke cara memasak.

Tentu ada yang rasa menu dan hidangan pesakit Diabetes ni tak best. Tahukah anda , banyak menu yang sedap-sedap boleh disediakan dan dinikmati oleh penghidap Diabetes.

Disini saya kongsikan beberapa menu resepi yang boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang menghidap Diabetes.

 

RESEPI 1

PERIA GORENG TELUR

  • 1 Biji Peria Besar ( bukan peria katak )
  • 1 Biji Telur
  • 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak kelapa
  • 1 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • Sedikit Garam Himalaya ( Garam pink atau garam organik )

Cara penyediaan :

Peria dibelah dua. Buang bahagian tengah biji peria. Biji dan bahagian tengah peria yang berwarna putih tu dibuang supaya tak pahit.

Kemudian hiris nips-nipis.

Masukkan dan panaskan minyak zaitun ke dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tumis hingga kuning. Masukkan telur dan kacau. Masukkan peria , gaul hingga rata. Taburkan sedikit garam sebagai tambah perisa dan gaul rata.

Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.

kencing manis 43

 

RESEPI 2

VIETNAM ROLL

Bahan yang perlu direbus:

  • Su’un
  • Ketam Stik ( Crab Stick)
  • Udang
  • Kubis

 

Sayur yang perlu dihiris halus:

  • Carrot
  • Timun jepun

Cara penyediaan :

Basahkan ‘rice paper’. Basahkan sahaja, jangan rendam sebab dia akan melekat atau kembang nanti.

Susun sayur-sayur yang dipotong dan bahan yang direbus dalam setiap ‘rice paper’. Lipat dan gulung macam popia.

Boleh buat sos sendiri. Cili merah kisar, bawang putih kisar , sedikit cuka dan gunakan gula organik atau gula low GI .kencing manis 42

 

 

RESEPI 3

SALMON GRILL WITH ASPARAGUS (STIR-FRY)

  • Sediakan beberapa hirisan ikan salmon mengikut citarasa.
  • Potong asparagus lebih kurang 2 ke 3 inci dan dicuci bersih.
  • Serbuk lada hitam
  • Garam Himalaya
  • Butter

 

Cara penyediaan :

Ikan salmon diperap dengan serbuk lada hitam dan garam himalaya atau garam organik.

Perap dalam 10 ke 15 minit

Sementara itu , boleh masak asparagus dulu.

Masukkan 1 sudu besar butter ke dalam kuali leper.

Masukkan asparagus dan tabur sedikit garam .

Kacau sekejap dalam 3 ke 5 minit dah angkat asparagus tu.

Dalam kuali yang sama, letakkan ikan salmon secara berhati-hati supaya tak hancur.

Balikkan ikan setiap 1 ke 2 minit sehingga ikan benar-benar masak.

Bila dah masak, hidangkan bersama-sama asparagus tadi. Boleh dimakan dengan sos tar-tar yang diperah lemon atau boleh dimakan begitu sahaja.kencing manis 45

 

 

RESEPI 4

IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG

  • 2 ulas Bawang Putih dihiris nipis
  • 2 ke 3 keping Asam Keping
  • 3 inci Lengkuas ( diketuk )
  • 3 Ikan kembung
  • Sedikit Garam Himalaya
  • 400ml ke 500ml Air

 

Cara Penyediaan:

Masukkan air, bawang  Putih, asam keping, lengkuas dan direbus hingga menggelegak.

Kemudian, masukkan ikan dan garam . Bila ikan dan masak, tutup api.

Jangan biar terlalu lama nanti ikan hancur. Sedap dimakan dengan nasi panas ni.

 

 

RESEPI 5

SALAD SALMON

  • 1 keping ikan salmon yang sudah dipanggang ( diracik isinya)
  • Daun Salad dipotong
  • Sayur Iceberg dipotong
  • Timun Jepun dihiris bulat
  • Lobak Merah dihiris halus
  • Mayonis
  • Jus Lemon

 

Cara Penyediaan :

Masukkan kesemua sayur ke dalam mangkuk dan digaul

Masukkan mayonis, dan digaul rata. Kemudian, masukkan ikan salmon dan diikuti dengan sedikit jus lemon. Gaul kesemuanya dan siap untuk dihidang sebagai makan makan yang simple dan ringan.

 

RESEPI 6

SALAD TELUR

  • 2 biji telur yang telah direbus dan dibelah panjang
  • Daun Salad dipotong
  • Sayur Iceberg dipotong
  • Timun Jepun dihiris bulat
  • Lobak Merah dihiris halus
  • Mayonis

 

Cara Penyediaan :

Masukkan kesemua sayur ke dalam mangkuk dan digaul

Masukkan mayonis, dan digaul rata. Kemudian, masukkan telur rebus yang telah dipotong. Gaul kesemuanya dan siap untuk dihidang sebagai makan makan yang simple dan ringan.

 

RESEPI 7

NASI GORENG VEGETARIAN

Ada nasi lebihan semalam? Takde selera pula nak masak lauk. Jom buat nasi goreng. Tapi pastikan ianya dari beras LOW GI.

  • 1 batang kacang botol
  • ½  batang Lobak merah dihiris halus
  • 3 helai daun Kubis yang dihiris halus
  • Garam Himalaya
  • Cili boh atau cili serbuk
  • Serbuk perasa vegetarian
  • Minyak masak
  • Bawang Putih dihiris halus

 

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah dihiris halus.

Masukan cili boh atau serbuk cili, kemudian masukkan garam.

Bila cili dah masak, masukkan semua sayur dan gaul rata. Bila dah rata, masukkan nasi dan tabur sebuk perasa vegetarian dan gaul semuanya rata. Bila dan sebati, boleh dihidangkan dan ianya sihat dan sedap untuk dinikmati.

 

RESEPI 8

Sandwich Ayam Sedap

  • 2 keping roti Gandum Penuh
  • 1 keping ayam bahagian dada yang telah dipanggang
  • 2 keping Salad
  • 4 keping timun yang dihiris
  • Buah Zaitun hitam yang dihiris
  • Mayonis
  • Butter

Cara Penyediaan :

Bakar dahulu roti menggunakan pembakar roti. Boleh ikut citarasa masing-masing nak bakar tahap mana. Bila dah siap, sapukan butter pada kedua-dua keping roti. Kemudian, susun salad, timun , buah zaitun dan akhir sekali dada ayam di atas salah satu keping roti. Sapu kan sedikit mayonis pada ayam dan juga di atas sekeping lagi roti dan kemudian letak roti tu atas kepingan dada ayam tadi. Dah siap sandwich simple. Elakkan penggunaan sos cili biasa. Kalau nak makan sos cili, boleh makan sikit atau boleh juga dapatkan sos cili organik atau yang kurang kandungan gula.

 

Kelapan-lapan  resepi ini antara resepi yang menjadi kegemaran penghidap diabetes. Selain sedap, ianya juga mudah untuk disediakan dan tidak renyah.

Sebenarnya banyak lagi resepi-resepi yang mudah dan enak yang boleh didapati sama ada melalui online atau buku-buku masakan.

Tak kiralah makanan masakan melayu, kampung, cina, india atau barat semuanya ada yang sesuai dan boleh dimakan oleh penghidap diabetes. Hanya perlu pastikan bahan yang digunakan itu lebih sesuai untuk penghidap diabetes.

Tak perlu sehingga mereka kena bercatu makan atau hanya beberapa menu sahaja boleh dimakan. Tapi, dengan menyediakan bahan-bahan yang lebih sihat , organik dan sesuai dengan mereka, mereka boleh makan makanan seperti biasa dan dengan sedikit pantang.

Semoga resepi ini boleh memberi panduan kepada mereka yang menghidap Diabetes dan juga kepada mereka yang menjaga penghidap Diabetes.

Semoga anda dan mereka diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. Kami berharap dengan menjaga pemakanan , anda akan menjadi lebih sihat dan lebih yakin dalam menjalani kehidupan seharian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here