Nak Petua Hilangkan Kencing Manis?

0
14
petua hilangkan kencing manis

Mahu tak mahu. Anda wajib workout atau do some activities, tiada jalan pintas sebenarnya. Sebelum admin kongsikan petua hilangkan kencing manis. Ingin admin membebel terlebih dahulu. Berapa banyak makanan sintetik yang telah kita telan seumur hidup?

Dengan ertikata lain, processed food (makanan terproses), makanan dalam tin, makanan terawet, makanan yang berdaya tahan lama expired 2 tahun. Berapa banyak pula bahan kimia yang terlibat masih tersimpan didalam badan kita dan menjadi punca kerosakan fungsi organ dalaman secara perlalahn-lahan.

Sudah cukup jelas bukan? Actually bukan petua pun sebenarnya sebab dah ramai tahu. Awak wajib workout sayang! Get out from your comfort couch!

5 aktiviti yang boleh dijadikan amalan harian atau mingguan, mengikut kesesuaian dan keadaan anda.

Tentunya kita sering mendengar tentang amalan cara hidup yang sihat tak kira ditujukan kepada mereka yang sihat atau kurang sihat. Kerana amalan dan cara hidup juga merupakan punca dan penyebab keadaan kesihatan diri.

Disini kami ingin kongsikan 5 aktiviti yang perlu kita lakukan demi kesihatan yang lebih baik.

  • Bersenam atau bersukan

Aktiviti bersenam atau bersukan boleh dilakukan secara indoor atau outdoor. Elakkan aktiviti yang terlalu lasak atau membahayakan. Janji dapat keluar peluh dan badan rasa segar nanti. Lakukan aktiviti ini bersama keluarga atau kawan – kawan . Boleh lakukan senama di gym atau di taman awam.

 

  • Beriadah

Beriadahlah dengan anak-anak serta keluarga. Ia memberikan rasa gembira dan meningkatkan hormon ‘endorfin’ atau juga dikenali sebagai hormon gembira. I pastinya dapat membantu mengekalkan sikap positif dalam diri dan terus kekal berjuang menjaga kesihatan dan melawan penyakit. Boleh pusat-pusat rekreasi yang banyak terdapat di luar sana, atau boleh juga ke taman-taman atau taman tasik yang menyediakan ruang dan fasiliti untuk beriadah.artikel-diabetes-32

  • Mengamalkan cara pemakanan sihat

Dalam artikel sebelum ini , kita telah banyak berkongsi mengenai jenis makanan sihat. Selain jenis makanan, masakan juga memainkan peranan penting untuk jaga kesihatan. Selain mendapat info dari pembacaan, amda boleh juga dapatkankhidmat nasihat peribadi mengenai pemakanan sihat dari pakar nutrisi atau pakar dietitian.

Mereka pasti gembira membantu malah mereka juga mempunya cara dan ‘guideline’ pemakanan untuk setiap jenis keadaan kesihatan.artikel-diabetes-33

 

  • Bercuti atau melancong

Sesekali pergilah bercuti atau melancong. Tak perlu ke tempat yang mahal-mahal atau jauh-jauh pun. Balik kampung pun boleh. Atau pergi berkhemah pun tak apa. Mungkin boleh juga ke pantai untuk melihat laut. Syarat untuk bercuti atau melancong ialah pergi ke tempat yang menenangkan dan untuk kita cuba dan alami pengalaman dan perasaan baru.

 

  • Elakkan dari menjadi ‘potato couch’

Zaman sekarang zaman teknologi. Semuanya dihujung jari. Nak main game, nak tengok filem atau drama, nak berbual dengan kawan – kawan, semuanya tak perlu perlu keluar rumah. Semua aktiviti dari gajet ni boleh jadikan kita ‘potato couch’ iaitu seorang yang gemar duduk di sofa tanpa melakukan apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan sihat.

 

Beberapa panduan yang perlu kita ambil tahu sebelum dan selepas melalukan aktiviti fizikal bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap pesakit Diabetes.

Kita takut tengok orang kene potong sana sini. Tapi kita masih kekalkan gaya hidup yang sama, seolah kita rela.

Sebelum melakukan apa-apa aktiviti, apa perlu saya buat?

Sebelum melakukan aktiviti fizikal, pastikan aktiviti yang kita nak buat tu tidak memberi tekanan yang teruk pada kaki seperti melompat atau berlari.

Aktiviti bersenam yang bagus dan sesuai ialah berenang , berjalan kaki atau berbasikal.

Oh, jangan lupa untuk sentiasa periksa keadaan kaki kita. Kalau kaki membengkak, kita patut lupakan niat untuk bersukan atau bersenam fizikal untuk mengelakkan keadaan lebi teruk.

Jangan lupa untuk sediakan dan minum air yang secukupnya semasa melakukan aktiviti bagi mengelakkan hidrasi.

Pastikan kasut yang kita pakai tidak ketat dan selesa. Cari kasut yang mempunyai kusyen yang lembut dan tapak yang tidak licin. Mahal sikit pun tak mengapa asal kualiti dan keselesaan kaki kita terjamin.

Selepas melakukan aktiviti, apa perlu saya buat?

Perkara pertama yang kita perlu buat selepas melakukan aktiviti fizikal ialah periksa paras gula. Pastikan ia tidak di bawah paras kurang dari <3.9mmol/L. Sekiranya bacaan bawah nombor ni, anda mungkin akan mengalami ‘Hypoglycemia’ atau dikenali juga sebagai kurang gula. Ini terjadi apabila paras glukosa dalam darah turun dengan mendadak.

Paras gula ini perlu diperiksa beberapa kali selepas aktiviti fizikial ni dalam tempoh beberapa jam bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik. Ini kerana paras gula masih boleh menurun dalam tempoh 4 ke 8 jam selepas aktiviti fizikal.

Jangan terus duduk selepas bersenam. Jalan dulu perlahan-lahan sebelum nak duduk. Ini  dinamakan ‘cooling down’ .

Minum air masak yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan cecair melalui peluh.

Bagi mengelakkan penurunan paras gula yang mendadak dalam darah, ambil makanan atau snek berkarbohidrat atau jenis granola bar .artikel-diabetes-34

 

Adakah saya perlu dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal ?

Jawapannya, YA . Anda perlu dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum melakukan aktiviti fizikal. Sekiranya anda sudah ada idea apa nak buat, boleh terus nyatakan kepada doktor. Nanti doktor akan beritahu sama ada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dengan keadaan kesihatan anda. Malah, doktor akan rekomen dan menasihati untuk melakukan aktiviti yang mungkin lebih selamat untuk anda.

 

Selain dari nasihat dari doktor, apa lagi persediaan perlu saya lakukan sebelum melakukan aktiviti fizikal ?

  • Pastikan tempat atau kawasan yang kita nak buat aktiviti tu bersih, yang mempunyai permukaan yang lembut seperti berumput , trek balapan atau padang.
  • Sentiasa bekalkan diri air minuman dan juga sedikit snek yang manis bagi mengelakkan ‘Hypoglycemia’. Boleh bawa gula-gula, roti atau coklat bar.
  • Elakkan kawasan yang cuacanya panas atau kena cahaya langsung terik matahari.
  • Periksa dahulu kaki dan pastikan tiada luka. Kalau ada luka, jangan lakukan dulu aktiviti fizikal. Dapatkan dahulu rawatan di klinik atau hospital.
  • Elakkan dari melakukan aktiviti yang melompat , menghentak dan juga yang berisiko tinggi untuk terjatuh atau cedera.
  • Pastikan anda sentiasa membawa ubatan anda sekiranya anda pergi bercuti atau melancong. Dan sekiranya aktiviti bersenam atau beriadah jauh dari kediaman dan tak pasti pulang jam berapa, bawa juga ubatan supaya anda boleh makan ubat bila tiba masanya.

 

Kami berharap dengan sedikit panduan untuk melakukan aktiviti yang lebih sihat ini dapat membantu anda membuat perancangan yang baik dengan kawan-kawan dan keluarga. Ini juga supaya mereka juga memahami dan mengambil kira tentang keselamatan dan kesihatan penghidap Diabetes.

Sekurang-kurangnya pada masa yang lain, mereka tahu bagaimana untuk merancang aktiviti bersama anda dan lebih peka dalam mencari tempat yang sesuai serta merancang aktiviti yang sesuai untuk kita sama-sama bergembira.

Saya takutlaa, tengok orang kene potong sana sini, dah tu hidup macam tak bebas

Menghidap kencing manis bukanlah alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Sekiranya masa menjadi kekangan akibat dari kerja atau hal-hal yang lain, kita masih boleh terus bergerak cergas di rumah seperti, berjalan-jalan kawasan kejiranan sambil beramah mesra dengan jiran tetangga, lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas, berkebun, cuci tandas, cuci kereta , masa bercakap telefon pun boleh berjalan-jalan dalam rumah tau.

Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat dan terus positif. Ianya langsung tidak menghalang anda dari menjalani kehidupan seperti biasa , cuma beberapa panduan untuk memastikan lebih keselamatan terjamin dan mengelakkan dari tercedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here