Nak Resepi Jus Mudah Untuk Stabilkan Bacaan Kencing Manis?

Resepi Jus Sihat . Ini antara minuman jus untuk stabilkan bacaan kencing manis dalam darah yang boleh diamalkan bagi menggantikan minuman jus yang biasa.

 

Selalunya kita akan minum jus epal, jus nanas, jus oren atau jus tembikai bagi menghilangkan dahaga dan juga sebagai hidangan minuman bila-bila masa. Namun, ada beberapa resepi yang lebih berkhasiat dan amat digemari oleh ramai orang dan juga wajib untuk mengawal bacaan kencing manis terlalu tinggi.

Ia adalah kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran dan semestinya enak dan mengenyangkan . Jom kita lihat resepi-resepi pilihan yang mungkin boleh jadi panduan anda.

Ini antara 7 resepi yang sering diamalkan dan mudah disediakan :

 

RESEPI 1

1 biji Peria Katak ( Bittergourd )

1 biji Epal Hijau

1 tangkai Saderi

Air ikut citarasa

kencing-manis-26

 

Potong kesemua bahan dan kisar menggunakan pengisar ( Blender ). Kalau ada mesin “Cold Press Juice”, lebih bagus kerana ia dapat mengasingkan hampas dan melambatkan proses pengoksidaan. Jangan tambah gula tau.

Seperti kita semua ambil maklum, peria kata (bittergourd) merupakan superfood kepada pesakit Diabetes. Jadi amalan meminum air ini sangat digalakkan TETAPI, pengambilan buah peria katak tidak boleh melebihi dari 2 biji untuk 1 hari. Maknanya, 1 biji tengahari, 1 biji malam. Ini kerana, peria katak boleh menyebabkan hypoglycemia atau paras gula dalam darah turun dengan mendadak.

Peringatan : Dan pastikan dijarakkan dengan pengambilan ubat Diabetes. Kalau ubat makan pagi, jangan minum air ni waktu pagi. Kalau boleh jarakkan dalam 4 ke 5 jam.

 

RESEPI 2

1 biji Lemon

1 jug air

Boleh dibuat dengan teh ( Teh Lemon )

kencing-manis-27

 

Ini resepi ringkas yang boleh diminum pada bila-bila masa. Boleh diminum sejuk atau panas mengikut kesukaan dan selera masing-masing. Selain membantu mengawal paras gula dalam darah, ia juga membantu proses pencernaan dan juga mengurangkan lemak dan kolesterol dalam badan. Pastikan tiada gula ya.

 

RESEPI 3

1 biji Jambu Batu

½ biji Lemon

Air mengikut citarasa

 

Jambu batu sangat baik untuk memberi khasiat zat besi. Selain dibuat jus, ia juga elok diamalkan sebagai snek. Dengan campuran sedikit jus lemon, ia memberikan rasa zest dalam minuman.

 

RESEPI 4

1 ikat Daun Bayam

2 batang Saderi

2 biji Epal Hijau

1 biji lobak merah

1 biji timun

Resepi sayur-sayuran ini sedap dicampur  dengan buah epal bagi memberikan sedikit rasa manis dan masam buah . Jus ni lebih mengenyangkan dan baik untuk kesihatan.

 

RESEPI 5

Rendaman asam keping

kencing-manis-28

Ambil 2 ke 3 keping asam keping dan direndam di dalam gelas untuk semalaman. Selain membantu kurangkan paras gula dalam darah, ia juga boleh membantu mengurangkan rasa pening kepala atau mengurangkan darah tinggi.

Ramai sangat orang tak tau ni.

 

RESEPI 6

1 batang Timun

1 biji Epal Hijau

5 helai Daun Mint

kencing-manis-30

Kisar timun dan epal dengan menggunakan pengisar atau mesin ‘cold juice press’.

Kemudian masukkan jus tersebut ke dalam jug dan masukkan ais . Ramas sedikit daun mint dan masukkan dalam jug lalu dikacau. Rasanya yang lebih segar dan sedap.

 

RESEPI 7

Infused water atau juga lebih dikenali dengan air rendaman buah-buahan .

kencing-manis-31

Selain dari membuat jus yang dikisar, minum air infused juga sangat digalakkan. Beberapa jenis buah yang sedap dibuat infuse water ialah :

  • Hirisan Lemon
  • Hirisan Epal hijau
  • Hirisan Strawberi
  • Hirisan Nanas
  • Hirisan Limau
  • Hirisan Limau Gedang
  • Serai yang diketuk
  • Dan lain – lain

Minuman ni boleh dicampur dengan mint kalau nak. Kalau tak campur pun tak apa. Air ni boleh disediakan awal dan disimpan di dalam peti sejuk untuk diminum pada bila-bila masa. Infused water atau air hirisan buah ni, boleh dibuat dengan campuran beberapa jenis hirisan campuran buah seperti Limau + Epal atau Strawberi + Nanas atau mungkin boleh buat sehingga 3 kr 4 campuran jenis buah. Atau boleh juga hanya dibuat dengan 1 jenis buah sahaja.

Apa peralatan yang perlu ada untuk menyediakan jus ?

Selain pisau untuk memotong dan menghiris, anda hanya perlukan papan pemotong dan pengisar atau ‘cold press juice machine’ . Bergantung kepada jenis jus yang ingin anda sediakan . Tapi kalau nak buat ‘infused water’ atau air hirisan buah, tak perlu mesin pengisar. Cukup sekadar pisau dan papan pemotong sahaja.

 

Perlu tapis ke jus yang dikisar tu ?

Tak perlu tapis kalau hampasnya tak kasar atau tak banyak. Tapi bergantung juga pada kehendak dan citarasa masing-masing, sama ada nak tapis atau tidak. Tapi, kalau guna ‘cold press machine’ , ia akan terus asingkan hampas buah atau sayur dari jus secara automatik.

 

Berapa lama boleh simpan jus?

Untuk jus yang dikisar, disarankan untuk menghabiskannya dalam masa 6 jam atau kurang 24 jam walaupun disimpan dalam peti sejuk. Tapi, kalau air jenis ‘infused water’ anda boleh simpan dalam 2 ke 3 hari bergantung kepada keadaan buah.

 

Apa langkah sebelum nak buat jus?

Bagi mengelakkan keracunan akibat dari kulit buah-buahan atau sayur-sayuranyang pernah dispray racun, ianya lebih baik basuh buah dengan menggunakan pencuci khas untuk buah dan sayur-sayuran. Atau untuk lebih mudah, beli sahaja sayur dan buah organik . ianya lebih menyihatkan tanpa ada sebarang semburan racun serangga pada buah atau sayur

 

Apa panduan lain yang perlu penghidap Diabetes ambil maklum ?

Setiap kali memperkenalkan jus baru untuk diminum, periksa dan ambil bacaan dalam darah 90 minit selepas minum. Ini untuk memastikan kandungan buah yang kita guna tu sesuai untuk kita. Kalau ada jus yang menyebabkan paras gula jadi tinggi, maka lain kali kita tak payahlah nak buat dan minum jus tu. Kalau ia tidak membuatkan paras gula tinggi, jadi kita bolehlah selalu sediakan jus tersebut.

kencing-manis-28

 

Adakah ianya sesuai untuk kanak-kanak?

Kalau kanak-kanak nak minum, ianya tiada halangan, malah disarankan kerana khasiat yang terdapat dalam jus tersebut.

 

Setiap jenis buah dan sayur yang digunakan mempunyai khasiat yang tersendiri. Selain untuk kesihatan, ia juga boleh membantu menyihatkan kulit. Pengambilan jus juga perlu secara sederhana. Seperti yang kami kongsi di resepi 1, penggunaan peria katak atau ‘bittergourd’  perlu dikawal bagi mengelakkan kesan sampingan.

Walaupun pengambilan jus boleh membantu mengurangkan paras glukosa dalam darah, pengambilan ubat seperti yang disarankan oleh doktor juga perlu diteruskan. Jangan kita pandai-pandai nak kurangkan dos pula. Nanti lain pula jadinya dan ia akan menyusahkan semua pihak. Dapatkan pandangan dan nasihat dari doktor.

Kami berharap dengan perkongsian 7 resepi ini boleh membantu anda untuk mencuba dan membuat pilihan yang baik dalam menyediakan jus yang sedap dan berkhasiat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *