Petua Turunkan Kolesterol Dengan Cepat

Ringkasan 4 Minit Petua Turunkan Kolesterol Dengan Cepat

Apa itu kolesterol sebenarnya?

Badan memerlukan bahan berlemak yang penting iaitu kolesterol untuk berfungsi dengan baik.

 

Kolesterol boleh dijumpai dalam makanan yang bersumberkan atau berasaskan haiwan dan ia diproses di dalam hati.

 

Namun ianya perlu sentiasa dipantau dan memastikan ianya terkawal bagi mengelakkan kolesterol jadi tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan.

 

 

petua hilangkan kolesterol dengan cepat 1
Sumber : Petua Hilangkan Kolesterol dengan Cepat

 

Ada 2 jenis kolesterol yang berkampung di badan manusia

  • Kolesterol HDL

Juga dikenali sebagai kolesterol baik.  Ia berfungsi sebagai ‘kenderaan’ yang membawa kolesterol dari sel badan balik ke hati untuk proses menguraikan serta dibuang melalui sistem perkumuhan. Jadi, mempunyai HDL pada paras yang tinggi adalah lebih baik.

 

  • Kolesterol LDL

Kolesterol LDL perlu dipantau rapi. Ia juga dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’. Kenapa kolesterol jahat? Kolesterol LDL akan mengangkut kolesterol dari sel-sel badan dan membawa melalui saluran darah. Sekiranya terlalu banyak, ia  boleh menyebabkan saluran tersumbat atau terkumpul pada saluran arteri. Pembentukan plak ini pada saluran arteri juga dikenali sebagai ‘arterosklerotik’.

 

Bagaimana kolesterol boleh terbentuk dan apa simptomnya?

 

Kolesterol terbentuk akibat dari pemakanan yang tidak dikawal. Ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan.

 

Banyak makanan ringan serta kurangnya pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan.

 

Kita pastinya nak tahu apa simptom yang menunjukkan kolesterol kita berada dalam keadaan yang tinggi.

 

Ada juga yang muncul atau timbulnya benjolan kecil berwarna kuning pada bahagian mata atau kelopak mata kita.

 

Anda juga kemungkinan untuk mendapat serangan jantung atau stok sekiranya kadar kolesterol tidak dikawal. Simptom ini juga boleh dirasai seperti kebas-kebas jari, sakit dada dan mudah letih.

 

Dapatkan rawatan awal dan nasihat dari doktor yang bertauliah.

 

petua hilangkan kolesterol dengan cepat 1
Sumber : Petua hilangkan kolesterol dengan cepat

 

Xanthelasma atau mendapan kolesterol di kulit adalah tanda kolesterol tinggi dalam darah.

 

Ianya juga boleh disebabkan faktor umur. Kolesterol tinggi dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, jantung, dan strok.

 

Berbincanglah dengan doktor anda. Lakukan saringan darah tinggi, kolesterol dalam darah dan pelbagai lagi saringan risiko penyakit jantung.

Oh ya, tiada krim kosmetik yang boleh menanggalkan kolesterol ini. Ianya akan kekal sebegini atau membesar.

 

Anda boleh hilangkan dengan prosedur tertentu atau rawatan daripada pakar kulit atau pakar bedah okuloplastik. Ini termasuk pembedahan, laser, cryosurgery dan jarum elektrik.

Namun prosedur ini masih ada kesan sampingan seperti:
⚠️ Parut
⚠️ warna kulit berbeza
⚠️ masalah kelopak mata
⚠️ Risiko mendapan kolesterol semula

 

 

petua turunkan kolesterol dengan cepat

 

 

Baca juga : Jenis Susu untuk kolesterol

Bagaimana susu membantu kurangkan paras kolesterol?

Pastikan susu yang diambil merupakan susu khas untuk kolesterol atau yang mempunyai rendah lemak.

 

Ini kerana, susu khas untuk kolesterol telah diproses untung mengurangkan lemak dan pada masa yang sama mempunyai khasiat untuk jantung.

 

Selalunya ia disarankan untuk diambil pada waktu pagi iaitu sarapan dan juga petang atau malam.

 

Antara susu yang mempunyai kurang lemak ialah :

 

  • Susu Almond

Pelbagai jenama susu almond dari tempatan atau luar negara yang boleh didapati dipasaran sekarang. Malah, pelbagai perisa juga boleh didapati seperti coklat, strawberi,vanila, perisa asli dan lain-lain mengikut trend masa kini.

 

  • Susu Soya

Ini antara susu kegemaran ramai, mudah didapati dan juga lebih murah dari susu almond. Selain pasaraya, ia terdapat di kedai-kedai runcit biasa juga.

 

  • Susu rendah lemak

Anda suka susu  lembu? Susu rendah lemak juga merupakan pilihan mereka yang ingin mengawal paras kolesterol.

 

Selain diminum terus, ia juga dijadikan sebagai bahan masakan seperti kek, roti, pencuci mulut dan ada juga yang buat bahan masak untuk lauk-pauk.

 

 

Bagaimana anda nak tahu tahap kolesterol anda?

Lakukan pemeriksaan di klinik atau hospital secara berkala, sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

 

Untuk lakukan pemeriksaan kolesterol, anda perlu buat ‘blood test’ dan disarankan pada waktu pagi sebelum sarapan. Dan anda juga perlu ‘berpuasa’ pada malam hari sebelum hari pemeriksaan.

 

Selain itu, anda perlulah sentiasa bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat. Ia dapat membantu anda lebih sihat dan membakar lemak.

 

petua turunkan kolesterol dengan cepat

 

Cara turunkan kolesterol dengan cepat

Badan kita boleh membuat kolesterol sendiri apabila ia memerlukan. Jadi, ia bukanlah khasiat penting yang perlu kita tambah dalam pemakanan kita.

 

Malah kita disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan mempunyai kolesterol.

 

Antara contoh serta makanan yang terbaik untuk mengawal kolesterol ialah:

 

  • Sayur-sayuran serta buah-buahan

Kedua-dua jenis makanan ini tidak mengandungi kolesterol. Jadi, ia merupakan makanan yang terbaik untuk diamalkan setiap hati.

 

  • Hasil bijian

Apa itu hasil bijian? Ianya berupa seperti gandum atau oat. Selalunya bagi mengurangkan paras kolesterol, anda boleh amalkan oat sebagai makanan sarapan pagi.

 

  • Susu

Pilih susu yang rendah lemak bagi mengelakkan kenaikan paras kolesterol. Ini kerana proses pengurangan lemak dalam susu tersebut telah dikurangkan.

 

  • Ikan

Bagi makanan berasaskan haiwan, ikan adalah antara yang baik diamalkan. Selain mempunyai Omega yang tinggi, ia juga kurang lemak.

 

  • Daging, ayam dan itik

Ambil sahaja bahagian yang tiada lemak. Elakkan bahagian berlemak untuk memastikan kolesterol anda terkawal.

 

Kita juga disarankan untuk kerap berpuasa atau boleh juga lakukan ‘intermitten fasting’. Cuma waktu berbuka tu, janganlah pula kita makan macam-macam pula.

 

Saranan Klik Sini Segera : Le Jus – Pati Botanikal Yang Diformulasi Khas Untuk Turunkan Paras Kolesterol Dengan Cepat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top