5 Punca Perut Buncit Yang Tiada Kaitan Dengan Punca Obesiti

Kenapa gemuk selalu dikaitkan sebagai punca perut buncit. Tapi pernahkah anda terfikir kenapa individu kurus pun ada yang boroi juga?

 

Ha ha, selalu sangat stereotaip tentang masalah ini. Tak semestinya orang gemuk sahaja yang nampak boroi. Lagi pelik kalau badan slim kurus tapi perut buncit kan?

Jom kita lihat bagaimana perkara ini sering terjadi kepada golongan wanita dan cara hilangkan perut buncit ini.

 

 

1.  “Love Handles”

Love Handle
Sumber : Love Handle

 

Ciri-ciri:

Berkibar seperti bendera, lihat tu kiri kanan pinggang.

 

Punca:

• Gaya hidup tidak aktif
• Gigi manis (sweet tooth)
• Mengambil banyak makanan manis dan karbohidrat

 

Cara mengatasi:

1. Ubah cara pemakanan anda. Pilih makanan seperti telur, daging tanpa lemak, sayur-sayuran seperti kekacang dan alpukat (avocado)
2. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersiar-siar di taman atau mungkin melakukan senaman ringan di rumah.
3. Senaman fizikal yang bersesuaian dan diet yang betul boleh menjadikan perut anda lebih cantik dan tidak menggeleber.

 

Baca ini juga : 5 Cara Yang Tepat Memilih Bengkung

 

2.  “Stress Belly”

Stress Belly
Sumber ; Stress Belly

 

Ciri-ciri:

Lemak yang tertumpu di sekitar perut dan mempunyai kulit perut yang agak tebal. Ish, seram pulak.

 

Punca perut buncit :

• Tekanan yang melampau
• Makan tidak teratur

• Banyakkan minum minuman berkafein • Sindrom usus yang merengsa
• Sering makan makanan yang tidak sihat (kacang masin, kerepek kentang, dll.)

 

Cara mengatasi:

1. Tidur awal. Tidur yang tidak teratur dan tidak lena boleh menyebabkan gangguan dalam pengeluaran leptin, hormon yang membantu mengawal selera makan dan metabolisme badan.
2. Rehat sebelum tidur. Pastikan sebelum anda tidur, jangan lakukan aktiviti berat seperti berlari atau berjoging. Sekurang-kurangnya, tiga jam sebelum tidur, badan anda perlu berehat daripada melakukan sebarang aktiviti berat.
3. Ambil makanan yang kaya dengan magnesium kerana ia mengandungi mineral yang baik untuk “merehatkan” badan. Contoh makanan yang boleh diambil ialah sayur-sayuran hijau, kekacang dan gandum.
4. Untuk tambahan, lakukan regangan dan yoga serta minum teh chamomile sebelum tidur. Ia boleh mengurangkan kortisol dan merehatkan badan.

 

3.  “Low Belly”

Perut Buncit
Sumber : Low Belly

 

Ciri-ciri:

Mempunyai bentuk badan yang langsing tetapi bahagian bawah jelas terjojol perut buncit. Adakah sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti ini? Mari kita ketahui sebabnya.

 

Punca:
• Baru bersalin
• Amalkan diet makanan yang sama

• Struktur tulang belakang melengkung

 

Cara mengatasi:

1. Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan yang mengandungi serat tinggi seperti sayur-sayuran hijau dan roti gandum.
2. Lakukan senaman yang sesuai dan pastikan setiap pergerakan senaman yang anda lakukan dilakukan dengan cara yang betul.
3. Banyakkan minum air dan pilih makanan yang mudah dihadam. Barulah mudah nak hilangkan perut buncit tu.

 

 

4.  “Mommy Belly”

Mommy Belly
Sumber : Mommy Belly

 

Ciri-ciri:

Selepas bersalin, perut cenderung kelihatan seperti ini.

Punca:

• Kurang perhatian untuk diri sendiri kerana tumpuan diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan. Ia mengambil masa kira-kira enam minggu untuk perut anda kembali ke saiz normal.
• Bersenam terlalu awal selepas bersalin. Kebiasaannya, anda perlu berehat sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum mula melakukan sebarang aktiviti.
• Otot pelvis yang lemah.

 

Cara mengatasi:

1. Cuba makan makanan yang mengandungi lemak sihat setiap hari, seperti kekacang, minyak sayuran, minyak ikan dan buah zaitun. Ia boleh membantu melawan keletihan selepas penat seharian menjaga anak.

2. Jadikan senaman kegel sebagai rutin kerana faedahnya ialah anda boleh bertindak seperti memakai korset. Lakukan senaman ketegangan dan relaksasi otot pelvis ini sebanyak 15 hingga 20 kali dan ulangi senaman ini lima kali sehari.
3. Elakkan melakukan squats dan crunches kerana ia tidak baik untuk postur badan selepas bersalin.
4. Selain itu, tidur sebentar untuk merehatkan badan dan cara ini juga dapat meningkatkan pembakaran lemak.

 

 

5.  “Infllated Belly”

Inflated Belly
Source : Inflated Belly

 

Ciri-ciri:

Perut terasa kempis pada waktu pagi tetapi mula membuncit pada siang hari. Ha, jangan pelik kalau pagi-pagi rasa perut dah slim tapi tengahari tiba-tiba buncit balik. Cuba teka kenapa eh?

 

Punca:

• Alahan makanan
• Usus lembap
• Ketidakseimbangan usus

 

Cara mengatasi:

1. Elakkan makan makanan yang tidak baik untuk badan seperti gluten (roti, pasta dan pastri), yis dan produk tenusu yang diproses (keju, susu dan mentega).
2. Pilih makanan seperti sayur-sayuran segar, daging, ayam dan ikan. Elakkan roti dan pastri selama dua minggu, lihat hasilnya sama ada perut mula mengempis atau tidak.
3. Jangan kekal dalam amalan sarapan pagi kerana sistem penghadaman yang baik adalah pada waktu pagi. Apa yang penting, elakkan makan lewat malam dan minum banyak air.
4. Lakukan senaman ringkas seperti tarik nafas dalam 10 kali dan berjalan-jalan selepas makan.
Ternyata di sebalik bentuk perut itu ada maksud sebenar dan ada cara untuk mengatasinya. Wah, info ini sangat berguna untuk anda yang ingin mendapatkan perut yang langsing.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top