Rasa bosan buat aktiviti kecergasan ? 7 tips dan cara yang boleh jadikan aktiviti kecergasan dan senaman anda seronok dan tak bosan.

0
23

Rasa bosan buat aktiviti kecergasan ? 7 tips dan cara yang boleh jadikan aktiviti kecergasan dan senaman anda seronok dan tak bosan.

Kadang rasa bosan kan buat aktiviti senaman atau kecergasan ni? Lebih-lebih lagi bila kita tak ada ‘push factor’  yang boleh buatkan kita rasa teruja dan berbaloi nak teruskan aktiviti ni. Walaupun kita memang dan niat nak buat aktiviti kecergasan ni untuk kesihatan yang lebih baik, tapi biasalah kita ni nanti lama-lama bosan dan mula ‘give up’.

Kami kongsikan 7 tips dan cara yang mungkin boleh membantu anda untuk jadikan aktiviti anda seronok dan tak bosan lagi.

  • Sertai kumpulan mereka yang ada tujuan yang sama untuk kecergasan. Sebagai contoh, kita nak buat aktiviti TaiChi , kerana aktiviti itu sesuai dengan masa yang kita ada dan aktivitinya yang tidak membahayakan. Jadi, bila kita dah jelas nak sertai TaiChi, maka kita boleh mula cari kumpulan atau kelas yang buat TaiChi ni. Sertai mereka dan mula berkawan-kawan. Seronok nanti dapat kawan baru kan ?

wanita berusia 5

  • Boleh juga ajak kawan-kawan atau jiran untuk join kita buat aktiviti kecergasan. Mungkin esok pagi kita nak pergi buat aktiviti berjalan kaki, tapi tak best pula kalau nak jalan bersendirian. Jadi, kita boleh ajak kawan-kawan sehari sebelum melakukan aktiviti supaya mereka ada masa untuk selesaikan kerja rumah yang patut. Atas faktor keselamatan juga, lebih baik berteman bila nak mula buat aktiviti.

wanita berusia 18

  • Untuk kita rasa berbaloi dan bangga dengan diri, tentunya kita nak tengok perkembangan atau perubahan hasil dari aktiviti kecergasan kita. Merekod atau tulis perubahan yang berlaku dan kongsi dengan keluarga serta kawan-kawan tentu seronok. Boleh rekod dari segi perubahan berat badan, saiz baju, mungkin perubahan bentuk badan. Malah ada juga yang berubah dos pengambilan ubat selepas mereka buat follow up tentang penyakit yang dialami. Kesan dari aktiviti kecergasan, doktor dapati kesihatan pesakit lebih baik dan dos boleh dikurangkan. Apa-apa pun, perlu dapatkan nasihat dan pandangan doktor berkaitan dengan dos ubatan. Oh, selain itu, ada juga yang dapat tidur yang berkualiti dan lebih nyenyak bila hasil dari aktiviti kecergasan .

 

  • Bergambar sebelum dan selepas melakukan aktiviti. Setiap kali sebelum mula boleh ambil gambar sendiri atau gambar berkumpulan dengan kawan-kawan. Begitu juga selepas beraktiviti. Jadikan ini momen untuk dikenang untuk beberapa tahun akan datang nanti. Boleh abadikan gambar di album media sosial atau simpan sahaja di dalam telefon untuk diri sendiri dan keluarga. Dengan bergambar sebelum dan selepas aktiviti, ia memberikan kepuasan diri kerana kita berjaya merancang, membuat daan menyelesaikan aktiviti.

wanita berusia 19

  • Alatan, gajet, kasut dan pakaian yang sesuai juga sangat berperanan untuk memberi rasa keseronokan dalam melakukan aktiviti kecergasan. Sebagai contoh, kalau kita nak berjalan kaki, ianya baik kalau kita pakai kasut yang selesa supaya kaki dan belakang kita tak sakit, baju yang material tak panas supaya kita tak terlalu panas yang boleh menyebabkan pening kepala. Gajet yang boleh rekod jarak perjalanan pun bagus juga kalau ada. Kita boleh rekod dan simpan setiap hari untuk rujukan dan satu masa nanti boleh buat perbandingan dan melihat ‘progress’ kemampuan kita berjalan kaki. Mungkin hari pertama 1 km, lepas 14 hari kita dah mampu untuk berjalan 5km.

wanita berusia 20

  • Nak buat aktiviti kecergasan di taman ? Tepi tasik ? Padang ? Dewan atau kelas? Kat mana-mana pun boleh buat. Yang penting tempat tu selamat, selesa dan boleh menenangkan diri kita bila buat aktiviti. Jangan pula pergi tempat yang tak dibenarkan sebagai contoh kawasan-kawasan larangan. Nanti nak buat aktiviti pun tak senang sebab takut kena saman. Kita nak tenang-tenang, tentunya kita pilih kawasan yang boleh menenangkan.

wanita berusia 23

  • Pada hari pertama kita nak mula aktiviti, ada baiknya kita ambil gambar diri sendiri dulu dan simpan. Selepas sebulan atau beberapa bulan buat aktiviti , kita ambil gambar lagi, posisi sama dengan gambar sebelum ni. Kemudian kita jadikan kolaj , letak tarikh yang pertama dan kedua. Lepas tu, kita tengok perubahan yang dah kita lalui. Mungkin wajah kita nampak lebih segar. Kita lebih kurus dan slim. Atau mungkin kita nampak lebih muda 😊 . Inilah kebanyakan pencapaian yang dicari oleh mereka yang melakukan aktiviti kecergasan.

wanita berusia 22

 

Secara asasnya, nak pastikan kita terus melakukan aktiviti kecergasan ni, kita nak kena ada ‘push factor’ yang mana boleh membuatkan kita setiap hari tak sabar-sabar nak pergi yoga, pergi TaiChi, pergi berenang atau pergi berjalan kaki.

Diharap tips dan cara yang kami kongsikan ini dapat memberi sedikit panduan  untuk anda rancang aktiviti dan seterusnya mendapat hasil seperti yang diidamkan.

wanita berusia 21

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here