Sebenarnya, apa punca kena kencing manis? Banyak sangat jargon, pening kepala dibuatnya.

0
48
kencing manis 7

Walaupun umum kita tahu kenicng manis berpunca daripada gula atau makanan manis, tapi banyak lagi sebenarnya yang boleh menjadi punca kencing manis yang mungkin kita tak tahu. Cara hidup juga boleh jadi punca kita menghidap diabetes.

Apa yang perlu kita lakukan ialah ambil tahu punca dan kemudian lakukan pemeriksaan dengan kerap dan berkala. Walaupun kita rasa sihat, tapi kita tak dapat tahu sekiranya kita penghidap diabetes kalau tidak tak buat pemeriksaan.

Selain dari pengambilan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman harian kita, banyak lagi faktor lain yang boleh menjadi punca kencing manis, sama ada kita sedar atau tak sedar.

kencing manis 5

Antara punca-punca lain ialah:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti

Obesiti atau memiliki berat badan atau BMI ( BodyMass Indeks) yang melebihi dari yang ideal atau yang disarankan akan meningkatkan risiko kencing manis. Perlu kawal berat badan sama ada dengan cara menjaga pemakanan iaitu diet atau bersenam.

 

  • Tidak jalani aktiviti yang aktif

Sekiranya kita menjalani kehidupan yang tidak aktif, sebagai contoh kita malas bersenam, selalu terperap di rumah, tak mahu keluar berjalan kaki dan lain-lain aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh atau tidak menggunakan tenaga fizikal yang kuat akan berisiko mendapat kencing manis. Ini kerana gula dalam badan tidak dapat dibakar atau ditukarkan sebagai tenaga. Antara aktiviti yang boleh kita buat bersama keluarga ialah bercucuk tanam, kemas halaman rumah, bersenam ringan, berjalan kaki . Kalau rasa macam panas nak buat aktiviti luar, boleh mula cari dan langgan yuran gimnasium. Banyak aktiviti yang ada di gimnasium sekarang. Bukan hanya menggunakan mesin-mesin senaman, tapi ada juga senamrobik, zumba, latihan perseorangan dan lain-lain.

 

  • Kolesterol level yang tinggi

Tahukah anda, kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan kencing manis dalam jangka masa yang panjang. Jadi, kita juga disarankan untuk sentiasa buat pemeriksaan kolesterol setiap 6 bulan untuk pastikan tidak melebihi paras yang sihat. Mengambil terlalu kerap makanan bergoreng atau berlemak juga punca kolesterol level akan meningkat.

 

kencing manis 5

 

  • Keturunan

Sekiranya ada dikalangan kaum keluarga kita yang menghidap diabetes, kita perlu berjaga-jaga kerana kita juga akan berpotensi untuk dapat diabetes juga. Dikatakan diabetes ini juga merupakan penyakit keturunan. Jangan rasa sedih atau risau sekiranya keluarga kita ada penghidap kencing manis dan kita mungkin berisiko untuk menghidapinya juga, Tapi, kita patut rasa lega sebab kita dah ada indikator risiko dan jadikan ini peluang untuk kita lebih cakna dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.

 

  • Ada penyakit darah tinggi

Penyakit darah tinggi juga sering dikaitkan dengan kencing manis. Pernah dengar tak orang cakap, penyakit tiga serangkai  ? Ya, darah tinggi merupakan salah satu dalam senarai penyakit tiga serangkai.

  • Tabiat pemakanan

Tabiat pemakanan ni bukan sahaja mengenai jenis makanan yang kita suka makan. Tapi juga  cara dan waktu yang perlu kita titik beratkan.  Para dietition atau pakar nutrisi selalu menyarankan pengambilan makanan yang seimbang iaitu “Suku , suku , separuh” iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur-sayuran yang tentunya mengandungi pelbagai zat dan vitamin. Paling utama, elakkan pengambilan makanan berat pada waktu tengah malam atau kurang 3 jam sebelum kita tidur. Sebab tu, makan makan disarankan sebelum jam 9 malam . Seeloknya jam 7 petang dan kita dapat tidur lebih awal.

 

  • Gemar minuman manis

Pagi kopi ais, petang teh tarik, asal dahaga je bancuh pula kopi atau teh 3 dalam 1 . Tapi bila malas, capai air kotak. Kadang-kadang sehari sampai 5 kali air manis.  Atau, kalau penggemar kopi atau teh, anda boleh minum minuman kegemaran anda ni tanpa gula.

 

Bagaimana kesan dari aktiviti-aktiviti di atas boleh menyebabkan kencing manis ?

kencing manis 6

Akibat dari cara hidup yang tidak sihat dan tidak seimbang, ia akan menyebabkan sistem sokongan badan kita turut tidak aktif untuk memproses gula dari makanan yang kita makan kepada glukosa.

Glukosa ini akan dibawa ke seluruh sel badan untuk dijadikan tenaga bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan juga fungsi badan.

Insulin semulajadi yang diproses oleh organ manusia yang dinamakan pankreas yang akan membantu menyalurkan glukosa ke seluruh sel badan.

Kegagalan pankreas ini untuk memproses insulin semulajadi dalam kuantiti yang diperlukan badan inilah akan menyebabkan bermulanya penyakit diabetes . Cuma, ianya sama ada pesakit menghidap diabetes jenis 1 atau 2.

 

Kesimpulan

 

Kesimpulannya, kita perlu menjalani kehidupan yang lebih sihat dan seimbang. Walaupun kita tak ada masa untuk lakukan setiap hari, sekurang-kurangnya kita cuba cari masa pada hari minggu atau hari cuti untuk lakukan aktiviti yang aktif.

Begitu juga dengan pemakanan. Kita perlu mula untuk menjaga pemakanan yang seimbang setiap hari. Kalau nak makan makanan yang jenis “overloaded” yang macam kita tengok iklan makanan jenis hipster atau yang selalu viral tu, boleh je. Tapi, cukuplah sebulan 2, 3 kali. Jangan jadikan makanan sebegitu untuk juadah setiap hari.

Amalkan pengambilan air kosong setiap hari sekurang-kurangnya 1 ke 3 liter setiap hari. Kurangkan pengambilan air manis atau kurangkan gula dalam minuman anda. Kalau sebelum ni 3 sudu gula, mungkin boleh kurangkan jadi 2 atau 1 sudu sahaja.  Atau boleh je minum air kopi, teh atau milo tanpa gula .

Lakukan juga pemeriksaan kesihatan secara berkala. Setiap 6 bulan bagi pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan kolesterol, paras gula dalam darah dan lain-lain mengikut saranan doktor anda.

 

Tak pasti apa tabiat sendiri yang boleh menyebabkan kencing manis ?

Anda boleh senaraikan apa aktiviti harian yang anda lakukan. Dari senarai tersebut, anda boleh tengok apa aktiviti yang perlu anda kurangkan atau tinggalkan dan gantikan dengan aktiviti yang lebih menyihatkan dan bermanfaat kepada badan dan kesihatan.

Sekiranya anda gemar bermain video game berjam-jam setiap hari tanpa melakukan aktiviti fizikal, mungkin anda boleh kurangkan jumlah jam bermain dan gantikan jam selebihnya dengan aktiviti berjalan kaki atau berbasikal santai di kawasan berdekatan.

Sekiranya anda gemar makanan berlemak dan jenis ‘cheeseloaded’ , mungkin anda boleh kurangkan pengambilan makanan sebegini dan gantikan dengan makanan jenis sup atau panggang. Tak salah nak makan makanan sebegitu, tapi jangan jadikan ia rutin pemakanan . Jadikan ia pilihan makanan yang dipanggil “comfortfood” , yang mana selalunya orang makan ketika dalam keadaan stress, atau sedih. Kek dan aiskrim juga di dalam kategori “comfortfood” yang perlu dikurangkan pengambilannya.

Adakah anda sekarang mempunyai kencing manis atau kurang pasti sekiranya ada mempunyai simptom penyakit tersebut ?

Teruskan membaca artikel kami kerana artikel seterusnya kami akan ceritakan pula apakah simptom atau tanda-tanda yang memungkinkan anda menghidap diabetes.

 

Boleh tinggalkan apa-apa komen anda di bawah 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here