List Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis Paling Malas.

Senarai makanan untuk pesakit kencing manis. Paling malas!

Beberapa superfood paling murah yang masing-masing mempunyai khasiat yang berlainan antara satu sama lain.

 

Superfood juga dikenali sebagai bahan makanan atau sumber yang mempunyai banyak khasiat dan manfaat bagi membantu mereka yang mempunyai masalah atau yang tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

 

Bagi yang mempunyai masalah, ia mungkin dapat membantu mengurangkan kesan atau simptom penyakit yang dialami dan semestinya tanpa meninggalkan rawatan dari doktor. Ia sekadar pilihan pemakanan untuk membantu menambahkan khasiat dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan, bukanlah untuk merawat simptom atau penyakit.

 

Beberapa superfood yang menjadi pilihan ramai orang ialah  :

Chia Seed

Biji Chia atau lebih popuar dengan nama Chia seed yang berbentuk biji hitam kecil. Ia juga merupakan sejenis tumbuhan yang dkenali sebagai Salvia hispanica.

 

Ia juga dikatakan baik untuk bantu pencernaan.

 

Mengandungi mineral , protein dan vitamin serta dapat membantu membekalkan tenaga sepanjang hari.

 

Nak turun berat badan ? Chia seed merupakan makanan yang mengandungi rendah karbohidrat dan boleh membuatkan kita rasa kenyang lama. Jadi kita tak rasa nak makan selalu.

 

Chia Seed boleh meningkatkan lemak perut  serta menentang ketahanan insulin. Ia juga mengandungi sejenis asid amino yang mengawal selera makan.

 

Ia kaya dengan Omega – 3  yang dikatakan dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat LDL.

 

Chia seed merupakan sumber serat atau fiber yang baik bagi mengelakkan sembelit.

 

Nasihat : Ambil secara sederhana dan tidak berlebihan kerana ia akan menyebabkan masalah lain pula. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik, sila dapatkan nasihat doktor dahulu tentang pengambilan Chia Seed.

 

kencing manis 55

 

Sun Flower Seed ( Biji Bunga Matahari )

SunFlower seed mengandungi anti oksidan dan vitamin E yang baik untuk tubuh .Ia juga mengandungi Fosfor dan mineral yang baik untuk tulang. Kalium yang tinggi yang terdapat dalam biji bunga matahari dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

 

Hanya bila dimakan tanpa garam, semestinya. Asic folat dalam biji bunga matahari juga dapat membantu pembentukan sel darah merah.kencing manis 57

 

Whole Grain ( Bijirin Penuh )

Bran , endorsperma dan germa merupakan 3 komponen penting yang terdapat dalam bijiran penuh. Ianya diperkaya dengan mineral , serat serta nutrien lain seperti magnesium, anti-oksida , vitamin B , protein dan asid lemak Omega 3.

 

Kebaikan mineral , vitamin B dan akti oksida yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi serta membantu menurunkan kolesterol, disamping dapat memberikan tenaga.kencing manis 54

Saderi

Saderi sangat popular dikalangan mereka yang menjaga kesihatan dan juga yang menjaga pemakanan. Ini kerana saderi didapati mempunyai pelbagai manfaat kepada mereka yang gemar makan saderi. Antara manfaat yang didapati dari saderi ialah :

  • Membantu merendah kadar kolesterol
  • Membantu mengelakkan dari tekanan darah tinggi
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu meningkatkan proses pencernaan
  • Membantu mengelakkan atau mencegah dari terkena jangkitan saluran kencing

 

kencing manis 59

Peria / Peria Katak

Peria ( yang besar) atau peria kata (yang kecil) merupakan diet kencing manis yang paling popular dikalangan pengidapnya. Walaupun ia mungkin boleh membantu dalam mengawal kadar glukosa dalam darah, tapi pengambilan peria perlulah dikawal iaitu tak boleh lebih dari 2 biji sehari atau elakkan mengambil dalam tempoh kurang 4 jam lepas makan ubat.

 

Dikatakan peria dan peria katak ini mempunyai 3 zat yang aktif yang dikenali sebagai Vicine, Charantin dan Polipeptida-p yang mana dikatakan dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.kencing manis 52

 

Tumeric ( Kunyit )

Popular sebagai bahan yang baik untuk kulit dan sering dijadikan bahan untuk masker kerana dikatakan ia mengandungi bahan anti-bakteria.

 

Selain itu , kunyit juga dapat memberi manfaat dalam membantu mengatasi masalah pencernaan, membantu mengurangkan rasa perut kembung , membantu mengurangkan diarrhea (cirit-birit) serta mengurangkan rasa mual.

kencing manis 56

Gymnema

Merupakan sejenis daun yang dijadikan teh dikenali sebagai ‘Gymnema Sylvestre’ dan dikatakan baik untuk kesihatan terutama dikalangan pesakit diabetes. Ianya bukanlah mampu merawat penyakit, tetapi ia membantu mengawal paras gula dalam darah.

 

Ada beberapa artikel yang boleh didapati di laman sesawang lain yang menyatakan tentang kajian Gymnema ini terhadap insulin.kencing manis 60

 

Fenugreek  ( Biji Halba )

Biji halba sering dijadikan bahan masakan dalam makanan yang berlemak. Sebagai contoh nasi lemak, nasi dagang, kari dan lain-lain . Selain memberikan rasa yang sedap dalam makanan, biji halba mempunyai manfaat lain terhadap kesihatan. Antaranya ialah :

 

  • Membantu menggalakkan pengeluaran susu bagi ibu yang sedang menyusu.
  • Membantu mengurangkan simptom menopaus
  • Membantu menurunkan tahap kolesterol
  • Serta membantu mengawal gula dalam darah.

kencing manis 58

Ginger ( Halia )

Bahan yang paling mudah ditemui ialah halia. Kerana selain dijadikan bahan masakan, halia juga dijadikan bahan dalam minuman.

 

Banyak manfaat yang boleh didapati dari halia. Selain membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah, halia sangat membantu dalam mengeluarkan ketidakselesaan perut seperti rasa sebu atau kembung. Ia juga dikatakan dapat membantu menguatkan imunisasi tubuh badan.

 

Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, meminum air halia merupakan pilihan utama mereka.

 

Selain itu, ia dapat membantu sistem penghadaman dan juga proses pencernaan.

 

Badan rasa lesu dan sakit otot akibat angin dalam badan? Air halia suam sangat membantu dan bagus untuk melegakan .

kencing manis 50

 

Okra ( Bendi )

Bendi atau juga dikenali dengan nama Okra sangat digemari oleh penghidap diabetes sebagai sayuran utama atau dijadikan ulam dalam hidangan.

 

Kandungan serat yang tinggi dalam bendi ini dikatakan dapat membantu mengawal gula dalam darah. Ia juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Mereka yang berisiko kena penyakit gastrik atau ulser perut juga disarankan untuk mengambil bendi sebagai pilihan dalam pemakanan.

 

Nak rahsia awet muda ? Makanlah bendi selalu kerana ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi yang mana vitamin C mempunyai fungsi membantu membaiki tisu kulit dan serta pertumbuhannya dan membantu melambatkan proses penuaan.

 

Ia juga mempunyai vitamin K yang boleh membantu mempercepatkan proses pembekuan darah kalau kita luka atau tercedera.kencing manis 53

 

Cinnamon ( Kayu Manis )

 

Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah ratus yang juga sering digunakan dalam masakan seperti nasi, sup, kari dan pelbagai lagi masakan malah roti pun ada yang guna kulit kayu manis sebagai perasa.

 

Apa kebaikan kulit kayu manis ni ?

  • Boleh membantu mengawal gula dalah darah
  • Baunya yang harum, boleh membantu merangsang fungsi otak.
  • Ia juga boleh membantu memanaskan badan dari dalam.
  • Boleh dijadikan bahan untuk masker muka bagi mencantikkan kulit.

kencing manis 61

 

Kami berharap dengan sedikit perkongsian mengenai superfood ini dapat membantu penghidap diabetes untuk mengamalkan pemakanan yang lebih baik dan memberi pilihan dalam menyediakan menu utama atau sampingan.

 

Ada juga beberapa superfood ini yang dijadikan bahan untuk minuman.

 

Scroll to Top