Siapa kata wanita berusia tak boleh bersenam ?
Table of Contents
5 senaman harian yang sesuai dan selamat untuk mereka yang berusia dan mementingkan kesihatan serta kekal ‘fit’.
Kesihatan dan kecergasan fizikal sangat penting kepada semua orang tak kiralah pada mereka yang muda atau yang tua, lelaki atau wanita. Cuma, untuk mereka yang sudah berusia, ada beberapa jenis senaman yang sesuai dan yang boleh mengurangkan risiko bahaya kepada keadaan fizikal serta tenaga.
Antara aktiviti senaman yang sesuai dan boleh dilakukan setiap hari ialah :
-
Yoga
Yoga ialah sejenis senaman yang paling kurang pergerakan. Ia salah satu jenis senaman bermeditasi tapi mampu mengeluarkan peluh. Ia juga merupakan senaman yang berasaskan 3 perkara iaitu pernafasan, pergerakan dan meditasi. Ia sangat membantu dalam kesihatan fizikal dan juga mental. Antara kebaikan aktiviti Yoga ini ialah :
- Membantu mengurangkan berat badan
- Boleh memberikan kita tidur yang lebih berkualiti
- Menghilangkan dan mengurangkan stress
- Kita jadi lebih relaks dan tenang
- Mengurangkan serta mengelakkan penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain.
- Menguatkan fungsi memori dan menajamkan minda
- Aktiviti yoga ini boleh dipelajari di pusat-pusat kesihatan seperti gimnasium yang mana ada menawarkan kelas yoga. Bila kita dah pandai dan tahu bagaimana aktiviti ini dipraktikkan, kita boleh lakukannya sendiri pada bila-bila masa atau di rumah atau di mana sahaja.
-
Berenang
Berenang tak semestinya terlalu serius macam nak masuk sukan olimpik. Senaman berenang mampu meningkatkan keupayaan fizikal, sendi-sendi dan otot-otot kita yang mula merosot. Dengan pergerakan konsisten dan lebih lembut yang dibantu oleh air, ia mengurangkan risiko kecederaan .Berenang mampu menguatkan dan meningkatkan kesihatan jantung. Selain itu, ia juga dapat membantu mengawal dan mengurangkan berat badan sekaligus membantu untuk ‘maintain’ bentuk badan. Pergerakan yang berlaku ketika berenang juga boleh menguatkan otot dan sendi. Anda rasa stress ? Berenang membantu menghilangkan stress. Ia boleh memberi emosi gembira dan tenang. Walaupun berenang nampak seperti aktiviti ringan, tapi ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol serta mengurangkan risiko diabetes. Nampak aktiviti berenang ni macam bersuka ria je kan? Tapi , manfaatnya sangat banyak.
-
Aqua Zumba (Zumba dalam air)
Pernah dengar Aqua Zumba atau zumba dalam air ? Berzumba biasa (yang dilakukan di kelas) memerlukan pergerakan yang pantas dan kurang sesuai pada mereka yang berusia. Tapi, Aqua Zumba boleh jadi salah satu pilihan kepada mereka yang gemar pergerakan tarian secara berkumpulan. Aktiviti ini dilakukan di dalam kolam renang dan ianya bukan aktiviti berenang. Ia sama seperti pergerakan zumba, cuma pergerakannya di dalam air. Kenapa berzumba didalam air ?
- Mengurangkan impak pergerakan atau hentakan yang kuat pada sendi.
- Air akan membantu memperlahankan pergerakan
- Mengurangkan rasa malu kerana pergerakan , bentuk badan tidak dapat dilihat oleh orang lain.https://www.youtube.com/watch?v=8DnOkRl_1wA
Bagaimana aktiviti ini dijalankan? Peserta akan berada di dalam kolam yang airnya separas dada. Cikgu Zumba akan berada di luar kolam (di hadapan) supaya boleh dilihat oleh peserta dan lagu akan di pasang. Pergerakan yang dilakukan oleh cikgu zumba akan diikuti oleh peserta di dalam kolam.
-
Berjalan kaki
Ini aktiviti senaman yang paling santai dan paling mudah dilakukan.
Bila-bila masa dan keadaan cuaca yang sesuai, di mana-mana sahaja pun boleh buat aktiviti berjalan kaki ni. Berjalan dengan yang tersayang atau teman-teman seusia boleh mengukuhkan dan merapatkan hubungan masing-masing sambil menikmati pemandangan , berbual dan bersembang. Aktiviti ni juga boleh dilakukan ketika bercuti atau ‘holiday’.
-
Tai Chi
Pernah lihat sekumpulan wanita atau lelaki yang agak berusia berkumpul di taman setiap pagi? Kemudian mereka melakukan pergerakan yang sangat perlahan bersama-sama, yang diketuai oleh ketua kumpulan. Mereka selalunya berkumpul seawal jam 7 pagi , di kawasan yang tenang seperti padang, tasik atau taman.
TaiChi ini merupakan senaman perlahan yang menjadi rutin kaum Cina. Namun, ia mula menjadi kegemaran pelbagai kaum lain yang juga mementingkan kesihatan dan turut sama menyertai aktiviti ini. Manfaatnya dikatakan sama seperti senamrobik. TaiChi boleh membantu melenturkan dan melembutkan ketegangan otot dan sendi.
Ia juga boleh menghilangkan stress. Selain itu , ia membantu meningkatkan kelenturan dan keseimbangan tubuh badan. Aktiviti TaiChi boleh membantu mempelajari pengawalan pernafasan kerana pergerakan yang dibuat perlu diajar cara mengawal pernafasan yang betul.
Diharap sedikit panduan senaman harian ini. yang boleh dilakukan oleh golongan wanita berusia dapat membantu anda untuk memilih dan juga merancang aktiviti yang sesuai dengan keadaan kesihatan, masa dan juga kemampuan untuk melakukannya dengan konsisten.
Kesihatan yang baik, bermula dari diri kita sendiri. Selamat bersenam !