Siapa yang berisiko untuk menghidapi penyakit Diabetes ?

0
17

Siapa yang berisiko untuk menghidapi penyakit Diabetes ?kencing manis 62

 

Kebanyakannya semua sudah ambil maklum dan tahu sama ada diri sendiri  berisiko menghidapi diabetes atau tidak. Semestinya dalam minda kita, ‘orang yang suka makan dan minum manis’ hanya yang akan kena diabetes. Ya, jawapan ni tepat, tapi tahukah anda selain dari mereka yang tak jaga makan dan minum, ada beberapa perkara lagi yang boleh menyebabkan kita kena diabetes.

Berikut merupakan mereka yang mungkin berisiko menghidap diabetes.

  • Keturunan

Ada keluarga yang menghidap diabetes? Ibu, ayah, atok, nenek, pakcik, makcik ? Sekiranya ada, kita juga berisiko menghidap diabetes tau. Ianya dikatakan penyakit keturunan walaupun ianya bukan boleh dihidapi secara terus tetapi boleh berpotensi untuk kena sekiranya kita tak cakna dengan cara hidup kita. Makanan, gaya dan cara hidup perlu diambil berat.

 

  • Mereka yang gemar makanan atau minuman manis

Hati-hati penggemar makanan dan minuman manis. Pastikan anda tak ambil makanan dan minuman manis secara berlebihan setiap hari. Lebih-lebih lagi air yang hipster atau viral tu. Cukuplah seminggu 1 gelas, bukan sehari 1 gelas. Nak juga minum hari-hari. Hurmm.. boleh. Buat pesanan TANPA GULA.kencing manis 63

 

  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti

Berat badan berlebihan atau obesiti merupakan punca utama yang banyak berlaku dikalangan pesakit diabetes. Ini mungkin kerana tahap metabolisme yang perlahan dan akhirnya menyebabkan obesiti yang kemudiannya kena diabetes. Langkah pertama sekiranya obesiti ialah, mula bersenam.kencing manis 66

 

 

  • Mereka yang kerjanya banyak duduk

Kerja di pejabat dan kurang bergerak dalam tempoh 8 jam bekerja ? Jangan begitu , tuan-tuan dan puan-puan. Setiap 2 jam kita duduk buat kerja, ambil masa untuk bangun dari kerusi dan berjalanlah ke mana-mana selamat 5 ke 10 minit. Pergi pantry, pergi tandas atau pergi meja kawan sebelah pun tak apa. Janji kita bangun dan lakukan sedikit aktiviti pergerakan.kencing manis 67

 

  • Mereka yang malas bersenam atau tidak gemar buat aktiviti fizikal

Asyik main video game ? Atau dah ketagih video game sampai malas nak buat senaman atau aktiviti fizikal di luar? Ambil sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk lakukan aktiviti fizikal atau bersenam. Aktiviti fizikal boleh berbasikal, bercucuk tanam, cuci halaman rumah, sapu sampah atau aktiviti senaman lain termasuk berjalan kaki.

 

  • Mereka yang gemar makanan segera dan tak suka makan sayur

Tak suka sayur atau tak makan sayur ? Ini menyebabkan kita tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi , apa penyelesaian untuk mereka yang tak makan sayur ni? Anda boleh ganti dengan pengambilan buah-buahan atau boleh beli makanan tambahan yang mengandungi sayur seperti pil atau jus sayur-sayuran yang sekarang banyak dijual di farmasi terpilih. Gemar makanan segera ? Boleh je kalau nak makan, tapi jangan makan setiap hari.

 

  • Ibu mengandung

Ya, ibu mengandung juga berpotensi untuk kena diabetes atas beberapa faktor iaitu:

  • Pemakanan yang tak terkawal
  • Pergerakan yang terbatas
  • Ada ahli keluarga yang penghidap diabetes

Walaupun ini antara faktor yang memungkin ibu mengandung menghidap diabetes, ia kebanyakannya bersifat sementara. Beberapa bulan lepas bersalin , pasti akan kembali normal. Tapi ada segelintir yang akan terus menghidap diabetes.

 

 

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita dalam kategori berisiko?

Sekiranya kita ada dalam salah satu ciri-ciri kategori berisiko, kita perlu memastikan kesihatan, pemakanan dan aktiviti kita sentiasa dipantau.

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap serta berskala.
  • Semak dan ubah cara pemakanan kita supaya ianya lebih baik dan berkhasiat.
  • Buat jadual untuk aktiviti fizikal atau bersenam. Sertai kelas-kelas senaman atau aktiviti riadah seperti berenang, main badminton, berjoging dan lain -lain.
  • Di pejabat pula, buatlah kerja fotostat sendiri. Tak perlu suruh penolong atau kerani buatkan. Berjalan dari meja ke mesin fotostat juga membantu pembakaran lemak.

 

Tindakan serta rawatan yang perlu kita ambil

Tiba-tiba anda dapat tahu anda menghidapi Diabetes ? Jangan sedih, jangan resah gelisah.

Lakukan perubahan cara hidup kita dengan segera.

  • Pilih jenis makanan yang sesuai untuk pesakit diabetes
  • Tambah atau pastikan sayur-sayuran atau buah -buahan ada dalam setiap hidangan kita.
  • Jangan skip makan ubat dari doktor.
  • Jangan ponteng temujanji doktor. Kena datang setiap kali temujanji.
  • Amalkan jus sayur-sayuran

 

Panduan serta sokongan yang perlu kita dapatkan bagi membantu kita menghadapi hari-hari mendatang.

  • Baca jurnal atau perkongsian mengenai diabetes dari buku atau secara online.
  • Dapatkan tips-tips dari mereka yang berpengalaman menjaga pesakit diabetes atau mereka yang menghidap diabetes.
  • Dapatkan sokongan semangat dan moral dari keluarga dan rakan-rakan.
  • Dapatkan panduan serta nasihat dari mereka yang bertauliah seperti doktor atau jururawat apabila melibatkan rawatan alternatif. Ini kerana anda perlu pastikan ianya tidak akan memudaratkan anda.

 

Kos rawatan yang perlu kita belanja sekiranya kita menghidapi diabetes.

Sekiranya kita menghidapi diabetes, ada beberapa kos yang mungkin atau perlu kita tanggung. Selain itu pihak insurans atau takaful serta kerajaan ada menyediakan rawatan yang ditanggung sebahagian atau sepenuhnya bagi meringan bebanan.

  • Insulin

Insulin diperlukan bagi penghidap diabetes jenis 1. Jarang-jarang penghidap diabetes jenis 2 memerlukan insulin untuk merawat simptom diabetes.  Rawatan ini boleh dilakukan sendiri oleh pesakit tanpa perlu menghadirkan diri ke hospital atau klinik. Doktor akan ajar bagaimana cara dan dos untuk cucuk insulin.

  • Dialisis

Rawatan buah pinggang atau dialisis diperlukan apabila buah pinggang sudah mula tidak mampu berfungsi dengan baik. Pusat dialisis ada terdapat di hospital-hospital kerajaan atau swasta. Rawatan ini mengambil masa beberapa jam dan perlu membuat temujanji untuk giliran bagi mengelakkan waktu menunggu yang lama.

  • Ubat

Dalam apa jua keadaan pastikan anda mengambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor. Kebanyakan ubat pesakit diabetes merupakan ubat jenis terkawal dan tidak boleh dibeli di mana-mana tanpa preskripsi dari doktor anda.

  • Makanan

Ya, ini merupakan kos tetap yang ditanggung oleh pesakit. Pemakanan yang perlu diubah termasuk bahan masakan yang juga penting. Beras, tepung, roti, biskut yang perlu di ambil kira nilai GI nya.

  • Mata

Anda akan dirujuk dan disarankan untuk membuat pemeriksaan mata kerana diabetes yang kronik boleh menyebabkan katarak mata sehingga ada yang menyebabkan rabun teruk atau buta. Doktor akan membuat rawatan segera seperti laser sekiranya didapati ada selaput yang mula muncul pada anak mata.

 

Kami harap dengan perkongsian artikel ini dapat membantu anda untuk merancang dengan lebih baik dan juga lebih berhati-hati dalam menjalankan kehidupan seharian. Yang penting kita dah boleh mula menyusun jadual untuk bekerja, beriadah, bersenam, makan, minum dan lain-lain aktiviti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here