Susu untuk darah tinggi (Bahagian 1)

by Jom Sihat
susu untuk darah tinggi

Kehidupan Moden & Darah Tinggi.

Anda menghidap darah tinggi atau kencing manis? Sering rasa sakit kepala, letih, penat dan lesu yang berpanjangan dan kerap mungkin salah satu tanda menandakan bahawa anda mungkin menghidapnya.

 

Bacaan darah tinggi selalunya melebihi 140/90 mmHg dan 2 hari berturut-turut.

 

Perlu mendapat rawatan dari doktor yang bertauliah bagi merawat penyakit darah tinggi ni.

 

Namun, selain meneruskan rawatan, anda boleh cuba mengawal tekanan darah tinggi melalui beberapa cara supaya ianya tidak memudaratkan.

 

Antaranya ialah:

  • Menjaga pemakanan

Dengan memilih makanan yang sesuai dan juga mengurangkan garam dalam masakan.

  • Tidur yang mencukupi

Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan jangan tidur lewat. Kurang tidur boleh menyebabkan darah tinggi akibat kurang rehat.

  • Bersenam

Aktiviti senaman dapat membantu merembeskan hormon Endorphin iaitu hormon gembira.

 

 

Siapa yang sering mengalami darah tinggi ?

Kita seringkali dengar mereka yang menghidap darah tinggi ni orang yang dah berusia atau orang tua.

 

Tapi, tahukah anda, ada juga orang-orang muda yang menghidapi darah tinggi. Ianya disebabkan oleh beberapa perkara yang mereka alami hingga boleh menyebabkan darah tinggi.

  • Mereka yang bekerja tak tetap masa atau kerja waktu malam. Orang yang kerja syif, lebih-lebih lagi yang selalu kerja syif malam adalah cenderung untuk menghidap darah tinggi.
  • Penggemar makanan masin serta makanan berproses dan segera. Kita disarankan untuk makan makanan yang berkhasiat, organik dan makanan yang dimasak yang kandungan garamnya tidak melebihi keperluan seharian badan kita.
  • Mereka yang selalu stress. Benar, susah nak kawal emosi kan? Tapi, bila kita tak cuba untuk kawal emosi, lama-lama akan memudaratkan kesihatan kita dan kita mudah untuk menghidap darah tinggi.

 

 

Baca juga : Susu Diabetes Yang Bagaimana Untuk Saya

Susu membantu mengawal darah tinggi

Selain menjaga pemakanan dengan mengamalkan makanan seperti sayur serta buah, susu juga merupakan antara minuman yang menjadi pilihan bagi mengawal darah tinggi.

 

Namun, bukan semua susu yang sesuai. Susu skim, susu rendah lemak atau susu tiada lemak merupakan antara jenis susu yang sesuai diambil oleh mereka yang ada darah tinggi  bagi membantu mengawal darah tinggi.

 

Anda boleh amal minum susu atau boleh juga jadikan makanan. Susu boleh dimakan bersama oat, bijirin, susu, biskut dan lain-lain.

 

Bagaimana susu dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi?

Darah tinggi mudah terjadi pada mereka yang mempunyai tahap kolesterol tinggi, obesiti dan lain-lain penyakit disebabkan oleh pemakanan.

 

Justeru, apabila pengambilan susu skim, susu rendah lemak atau susu tanpa lemak yang membantu mengurangkan kolesterol, kurangkan berat badan, ia juga secara tidak langsung dapat membantu mengawal darah tinggi.

 

 

 

3 Cara menikmati susu sekiranya anda tak suka minum susu

Tak suka minum susu putih? Nak minum susu berperisa pula, kena pantang gula.

 

Jadi, bagaimana cara untuk anda nikmati susu rendah lemak, susu skim atau susu tanpa lemak demi untuk membantu mengawal darah tinggi anda?

  • Jadikan ‘overnight oat meal’

 

Ini antara menu yang popular bagi mereka yang menjaga kesihatan, yang pantau berat badan. Pelbagai resepi ‘overnight oat meal’ yang terdapat dalam internet.

 

Ia kombinasi oat, susu, buah-buahan, kekacang dan juga yogurt. Namun , pastikan susu dan yogurt yang digunakan jenis susu skim, rendah lemak, atau tanpa lemak.

  • Boleh buat puding susu

 

 

Suka makan kuih? Tak kiralah waktu sarapan atau waktu ’tea-time’, kuih merupakan pilihan makanan anda untuk kudap-kudap.

 

Apa kata anda buat puding susu dengan menggunakan susu skim,  susu rendah lemak atau tanpa lemak.

 

Tapi, pastikan anda kurangkan kandungan gula atau guna gula atau stevia yang tiada kalori.

  • Makan dengan bijirin seperti ‘cornflakes’atau nestum

 

 

Cara paling mudah dan ‘simple’untuk menikmati susu skim, susu rendah lemak atau susu tanpa lemak ialah makan dengan ‘cornflakes’ atau nestum.

 

Hanya tuang bijirin dan susu ke dalam mangkuk dan nikmatilah pada bila-bila masa.

 

 

Kawal darah tinggi dengan pemakanan

Kesimpulannya, darah tinggi dapat dikawal sekiranya kita menjaga pemakanan dan pada masa yang sama memilih makanan yang sesuai.

 

Ia sekadar mengawal, bukan merawat darah tinggi. Untuk rawatan, anda masih perlu berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan bagi mendapatkan rawatan, ubatan serta khidmat nasihat yang sesuai supaya kesihatan anda bertambah baik dan tidak memudaratkan.

 

Mereka dapat memantau serta membuat semakan berkala dan rekod keadaan kesihatan anda setiap kali anda bertemu untuk rawatan atau ‘check up’.

 

Jadi, jagalah pemakanan untuk bantu kawal darah tinggi anda dan pada masa yang sama teruskan rawatan dengan doktor.

 

 

Kupasan tajuk susu untuk kencing manis dan darah tinggi seterusnya bersambung ke Bahagian 2

 

Saranan Klik Sini Segera : Le Jus – Pati Botanikal Yang Diformulasi Khas Untuk Turunkan Darah Tinggi & Paras Kolesterol Dengan Cepat.

 

 

You may also like