Susu Untuk Diabetis

by Jom Sihat

Kita wajib tahu perkara asas sedikit dalam 4 minit ini sebelum tahu bagaimana menggunakan diet susu untuk diabetes. (Bahagian 2 akhir)

Kepentingan dan jenis-jenis susu untuk diabetis

Susu merupakan minuman yang juga penting untuk diamalkan bagi melengkapkan pengambilan zat dan khasiat kepada kita, tak kira usia.

 

Ia secara tidak langsung dapat membantu membekalkan protein, membentuk dan menguatkan tulang dan gigi dan juga mengenyangkan.

 

 

Antara susu yang boleh didapati di pasaran ialah susu segar, susu rendah lemak, susu skim, susu penuh krim, susu tepung, susu pekat, susu cair dan pelbagai lagi.

 

Setiap jenis susu ini tidak sama khasiat dan keperluan pengambilannya. Ada yang boleh diamalkan selalu dan ada juga yang perlu kurangkan pengambilannya.

 

Susu apa yang sesuai kepada pesakit diabetes?

Susu rendah lemak sangat sesuai bagi mereka yang menghidap diabetes. Ini kerana susu rendah lemak selalunya tidak mempunyai gula tambahan.

 

Ia juga membekalkan mineral serta protein yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

 

Selain susu rendah lemak yang biasa kita dapati di pasaran, susu khas yang mempunyai rendah GI (GLYCEMIC Index) sangat disarankan kepada pesakit diabetes bagi membantu kawal gula dalam darah.

 

Selain itu, susu kacang almond juga merupakan pilihan yang baik untuk pesakit diabetes.

 

 

Baca juga : Saya penghidap diabetes, susu apa yang sesuai untuk saya (part 1)

Susu membantu mengawal gula dalam darah

Apabila mengambil makanan atau minuman yang rendah GI, ia membantu mengurangkan pengeluaran Insulin, yang mana insulin berfungsi untuk membantu mengurangkan gula dalam darah.

 

Oleh itu, susu sering dijadikan sebagai makanan tambahan atau pengganti makanan kerana ianya sumber yangboleh mengenyangkan.

 

Pastikan ianya susu yang rendah lemak samaada dalam kotak atau jenis serbuk yang perlu dibancuh.

 

Elakkan pengambilan susu yang berperisa kerana ia mempunyai gula tambahan dan tentunya tidak sesuai bagi penghidap diabetes.

 

 

 

 

Tapi bagaimana susu dapat membantu mengawal diabetes ni?

Ia dikatakan membantu mengawal diabetes kerana ia mengenyangkan, sekaligus membantu kawal pengambilan makanan ‘berat’ bila kita lapar.

 

Tetapi, pengambilan susu juga perlu dikawal untuk setiap hidangan kerana ia boleh meningkatkan kandungan karbohidrat dan kalori kalau kita ambil secara berlebihan.

 

Jadi, secawan susu rendah lemak sudah cukup bagi setiap hidangan. Dan pada masa yang sama, pengambilan karbohidrat dalam pemakanan juga perlu dikawal.

 

Laktosa merupakan gula semulajadi yang juga antara kandungan karbohidrat dalam susu yang mempengaruhi gula dalam darah. Laktosa inilah yang buat susu terasa manis.

 

 

 

Dalam tubuh badan manusia terdapat satu enzim yang dikenali sebagai laktase. Laktase ini berfungsi untuk mengubah laktosa kepada galaktosa dan juga glukosa.

 

Susu memiliki Glycemic Indeks (GI) yang rendah dan disebabkan itu, proses untuk mengubah laktosa kepada glukosa akan mengambil masa yang lebih panjang berbanding jenis gula lain seperti gula putih misalnya.

 

Jadi untuk pesakit diabetes, gula dalam darah akan naik dengan perlahan sekiranya anda pilih susu sebagai sumber karbohidrat, berbanding dengan makanan karbohidrat lain.

 

Kalau diikutkan, susu seringkali dijadikan pengganti hidangan karbohidrat bagi pesakit diabetes. Maknanya kalau hidangan makanan mereka hanya berasaskan protein, buah, serta sayur-sayuran sahaja, mereka akan mengambil susu sebagai pelengkap nutrisi iaitu karbohidrat yang terdapat dalam susu tersebut.

 

Waktu sesuai minum susu

Adalah disarankan untuk mengamalkan pengambilan susu sekiranya ingin kurangkan rasa lapar dan bagi mengelakkan terlebih makan. Bila waktu sesuai nak minum susu?

 

  • Pagi

Ambil susu rendah lemak sewaktu sarapan. Anda boleh juga jadikan hidangan ‘cereal’ atau oat bersama susu. Ianya menyihatkan dan mengenyangkan.

 

  • Malam

Selepas makan malam atau sebelum tidur, boleh juga ambil susu panas. Pastikan ianya susu rendah lemak yang dapat membantu mengawal diabates.

 

Saranan kepada pesakit diabetes

Bukan semua pesakit diabetes mengalami keadaan yang sama kerana diabetes itu juga mempunyai pelbagai jenis.

 

Pemantauan rapi adalah sangat perlu walaupun anda mengamalkan diet yang sesuai dengan keadaan anda, namun cek kesihatan serta cek gula dalam darah secara berkala adalah sangat disarankan.

 

 

Perlu anda ingat, mengubah diet pemakanan dapat membantu mengawal penyakit diabetes dan juga mungkin dapat meningkatkan tahap kesihatan menjadi lebih baik. Dan ia juga memerlukan sedikit masa, dan usahlah berputus asa.

 

Pengambilan susu bukan sahaja membantu mengawal paras gula dalam darah, tapi ia juga membantu menguatkan tulang dan mengelakkan Osteoporosis dikalangan pesakit diabetes. Ini kerana semua orang akan mengalami penyusutan kalsium dalam tulang.

 

Terima kasih kerana sudi memahami kepentingan susu untuk kencing manis dan darah tinggi (Bahagian 2 Akhir)

 

Saranan Klik Sini Segera : Le Jus – Pati Botanikal Yang Diformulasi Khas Untuk Turunkan Paras Gula Dengan Cepat.

 

 

You may also like