Antara senarai tanda kencing manis yang paling mudah dikesan

Nak tahu tanda kencing manis paling mudah dan awal untuk dikesan?

 

Bagaimana kita nak tahu sama ada kita mungkin ada kencing manis atau tidak pada peringkat awal. Jom kita lihat 8 tanda-tanda awal yang kita boleh perhatikan pada diri kita sendiri.

 

Seperti yang kita semua sedia maklum , penyakit kencing manis ni sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita tak kira umur, bangsa dan jantina. Walaupun golongan tua sering dijadikan contoh penghidap Diabetes, namun sebenarnya golongan muda pun ramai yang tidak terkecuali. Malah, ada juga penghidap Diabetes dikalangan kanak-kanak. Tak terkecuali ibu mengandung yang kebanyakannya hanyalah bersifat sementara.

kencing manis 15

Diabetes juga dikenali dengan nama atau panggilan sebagai “penyakit kencing manis” . Ini kerana paras kandungan gula yang tinggi dalam darah melebihi bacaan normal yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

 

Jadi, apa tanda-tanda awal atau simptom yang kita boleh rasa dan alami sendiri yang memungkin kan kita ada kencing manis ? Mengenali simptom awal mungkin boleh membantu mengurangkan risiko yang lebih merbahaya . Jom kita lihat beberapa simptom yang mungkin ianya tak normal pada diri kita.

 

Mulut sangat kering.

Memang kita ada rasa kering di tekak atau mulut bila lama tak minum air atau bila rasa dahaga. Tapi, apabila kita rasa tersangat kering dari biasa, ia mungkin tanda-tanda awal juga. Ada yang sampai menyebabkan kulit bibir mengelupas.

 

Jom kita tengok tanda kedua yang mungkin berkait rapat dengan simptom yang ni.

kencing manis 19

Rasa dahaga yang melampau

Selain terasa mulut kering, kita akan rasa dahaga yang melampau dan luar biasa. Selalunya, kalau dah minum air masak 2 gelas dah rasa okay. Tapi kali ni, kerap pula kita minum air berbotol-botol tapi masih rasa dahaga.

 

Kerap membuang air kecil dan dengar kadar yang banyak

Terlalu kerap ke tandas untuk kencing dan dengan kuantiti air kencing yang banyak juga dikatakan sebagai tanda mungkin nak kena kencing manis.

 

Tak kira siang atau malam, ianya luar dari tabiat normal kita, maka kita perlu risau. Mungkin dalam 1 jam tu, kita dah lebih 10 kali ke tandas. Tak ke pelik kan ?

Kerap kencing atau terkencing pada waktu malam

Kalau selalunya kita tak pernah terbangun waktu malam untuk kencing . Kiranya tidur malam kita sangat lena tanpa gangguan .

 

Tapi, bila sejak akhir-akhir ni, kita tiba-tiba selalu terbangun pada tengah malam sebab rasa nak kencing, bukan bangun sekali, malah berkali-kali pada setiap malam.

 

Maka, kita perlu juga inform perkara ni kepada doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Selalu mengalami sakit perut

Sakit perut ni jangan kita terlalu panik atau risau kalau kita tiada 2 atau 3 antara simptom di atas ni. Sebab sakit perut ni terlalu ‘common’.

 

Tapi apabila kita ada simptom kerap kencing malam, kencing banyak, atau selalu dahaga yang melampau, maka kita perlu risau tentang sakit perut ni.

kencing manis 16

Selalu pening kepala

Begitu juga dengan sakit kepala ni. Ianya kesakitan ‘common’ yang sering berlaku kepada setiap orang.

 

Cuma apabila kita juga mempunyai 2  atau 3 dari simptom-simptom yang di kongsi di atas, maka, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

 

Pemandangan mata yang kabur

Diabetes juga boleh menyebabkan pandangan mata kita semakin merosot. Ianya akibat dari kerosakan salur darah yang tidak dapat dikawal dan akhirnya akan menyebabkan pendarahan dalaman yang juga dikenali sebagai “haemorrhage”

 

Luka jadi lambat kering atau lambat sembuh

Selalunya kalau kita terkena luka kecil seperti luka terjatuh atau luka garu akibat gatal, ia akan sembuh sendiri dengan kadar cepat. Maknanya dalam sehari dua, luka kita dah mula kering dan nampak nak baik.

 

Tapi akhir-akhir ni, bila kita garu-garu akibat gatal dan menyebabkan kulit kita luka, lama pula luka kecil tu nak sembuh. Dah seminggu tapi masih belum kering lukanya. Ini juga salah satu tanda kita mungkin menghidap Diabetes.

kencing manis 17

Ini antara 8 tanda-tanda dan simptom awal Diabetes yang kita sendiri boleh lihat pada diri kita sendiri sama ada, kita punya perubahan sebegini atau tidak.

 

Mungkin sebelum ni, kita tak selalu rasa dahaga yang teruk. Kalau minum air pun, segelas dua dah cukup dalam 1 masa. Tapi, tiba-tiba minum 2 gelas tak cukup. Dahaga tak mau hilang walhal kita bukan buat aktiviti larian atau berkebun. Aktiviti masih biasa je.

Bagaimana pula dengan tanda-tanda kencing manis terhadap ibu mengandung ?

  • Pada bulan ke 6 atau 7 kehamilan , ibu mengandung wajib menjalani pemeriksaan Diabetes. Pada masa ni, mereka perlu berpuasa dimalam hari, dan keesokan paginya, mereka akan diminta meminum air gula atau air glukos yang disediakan di klinik kesihatan. Selepas 90 minit atau 2 jam, bacaan gula dalam darah mereka akan diambil. Mereka dikatakan menghidap Diabetes sekiranya bacaan paras gula dalah darah lebih dari normal lepas 2 jam minum air gula. Maka, doktor akan buat pemantauan rapi terhadap ibu dan juga kandungan supaya ianya tidak memudaratkan kesihatan kedua-dua nyawa. Sekiranya tidak dikawal, anak yang dikandung boleh jadi terlalu besar dari kandungan normal.

kencing manis 18

Lakukan pemeriksaan awal kesihatan di klinik-klinik kerajaan atau swasta yang berdekatan dengan anda. Sama ada buat pemeriksaan menyeluruh atau boleh juga mohon untuk buat pemeriksaan untuk Diabetes sahaja.

 

Sekiranya anda di diagnosis menghidap Diabetes, jangan rasa sedih atau rasa kecewa kerana doktor akan terus membantu dan memantau kesihatan anda sebaiknya.

 

Dan anda juga boleh terus mengubah cara hidup bagi membantu meningkatkan kesihatan yang lebih baik sambil terus menerus mendapatkan khidmat nasihat doktor yang bertauliah.

 

Gaya hidup seharian termasuk melakukan aktiviti senaman serta jadi lebih aktif akan dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan anda.

 

Pemakanan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan melibatkan penghadaman dan juga kerja-kerja insulin dalam badan. Perlu kurangkan makanan manis-manis, makanan yang berlemak, makanan yang berkanji tinggi , dan tukar kepada makanan yang lebih sihat.

Malah, jangan risau, bukan tak boleh makan manis, tapi ada pemanis atau gula yang di khaskan untuk penghidap Diabetes dan rasanya sama seperti gula.

Nak makan nasi , boleh, nak makan roti, boleh , nak minum kopi, boleh dan semuanya perlu ditukar kepada yang lebih sihat.

Sebelum kita berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan dengan pemakanan, untuk artikel seterusnya, kita akan bercerita mengenai G.I . Apa itu G.I ? Dan kenapa ianya jadi rujukan  penting kepada pesakit kencing manis? Di mana perlu kita tengok kandungan G.I ?

Boleh dikatakan semua pesakit Diabetes akan memilih makanan yang mempunyai LOW GI sebagai panduan untuk mereka membeli dan menikmati makanan tersebut.

 

 

Scroll to Top